Saturday, November 5, 2011

Novel: Takdir Fitrah Terindah ~ Hanis Azla

NKB: Novel Ku Baca...

Takdir Fitrah Terindah...
[Hanis Azla]


Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah soal cinta.

Kahwin tanpa cinta bukan mahunya. Tapi itu lah yang terjadi bila kuasa untuk mebuat pilihan bukan milik orang sepertinya.

Tiada cinta, tidak mengapa asalkan hatinya hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan?

Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun, respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta.

Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah bila ada cinta lama dan cinta baru yang mahu mengisi hatinya?

"Nanti kalau ada lelaki yang keluarganya bileh terima Fi, Fi dah tak tolak dah. tak payah bercinta een pun takpe. Terus kahwin aje dan bercinta selepas kahwin." - Nur Fitrah.

"Sebelum you nak ajar I untuk kembali menyayangi Lea dan Alfi, tolong ajar hati you untuk menyayangi diri you sendiri." Aiham Fakhri.

"Ya-Allah Nur. She is just sixteen. Melampau betullah you ni. Walaupun you dah letakkan label kaki perempuan tu dekat I, janganlah sampai gadis semuda itu pun you ingat I layan jugak." Hazari.

"Patutlah awak tak layan saya. Ada affair dengan boss sendiri rupanya. Sekarang ni tengah gaduhkan? Sebab itulah awak nak cari kerja baru." Iqbal.

Komen JH:
Karya dari Hanis Azla ni telah membawa pembaca meletakkan diri ke pembawa watak yang bernama Nur Fitrah. Gadis dan isteri yang punya sikap pemalu yang tebal. Di lahirkan sebagai anak pungut yang telah 'dikutip' oleh nenek dan ayah man yang mana dia membesar dalam kasih sayang seorang nenek dan pakcik angkat. Dalam novel ini banyak tercalit dan terpalit semua perasaan kasih sayang, kekeluargaan, cinta, suka dan duka.

Banyak teladan dan pengajaran juga ada di dalam novel Takdir Fitrah Terindah ini. Kisah-kisah anak terbuang yang lahir dari rahim orang-orang yang cetek pengetahuan agama ini di harap dapat menyedarkan orang-orang di luar sana yang nampaknya galak membuang bayi-bayi yang tidak berdosa ini.

Dan lagi satu puan zai tersenyum pula ada di sebut nama Nabil Ahmad Maharajalawak walaupun sekadar menyebut namanya. Hmmm tak habis-habis ye nama Nabil puan zai nie hehehe...

Ok lah ini sahaja komen dari JH sebagai pembaca.

Terima kasih buat penulis Hanis Azla yang telah membawa pembaca menghayati serta mendalami jiwa dan perasaan seorang anak pungut.

Next Novel: Matahariku... karya Aina Emir...

Puan Zai... Jendela Hati...JH...

2 comments:

Hanis Azla said...

Salam Puan Zai.. Terima kasih atas review ini.. Terima kasih juga kerana membaca TFT..

Jendela Hati said...

Hanis Azla: Ehhh betul la Hanis Azla..wahhh... wsalam... terima kasih sbb singgah sini hehehe (senyum lebar nie)...