Tuesday, November 15, 2011

Istana Negara lama ditutup secara rasmi hari ini

Istana Negara... Istana Negara, tiap-tiap hari waktu berkerja pagi dan petang mesti lalu Istana Negara.

Kalau pagi suasana tu seperti biasa lah, banyak bas akan bertandang dan ramai pelancong dok berdiri melihat, menjenguk sambil bergambar kenangan sesama mereka di luar pagar Istana Negara.

Bila time balik keje, pun lalu Istana Negara. Istimewanya bila lalu depan Istana Negara dah tentu kena lalui keperitan jalan yang jem.huhu... hehehe (eh nak gelak gak ker?)

Yang pasti sama ada puan zai berada di dalam bangunan atau luar bangunan pejabat puan zai tu, akan selalulah bunyi siren Agong nak lalu.

Kadang tu puan zai sendiri akan terjenguk-jenguk cuci mata tengok kereta dan polis lalu dengan siren yang menandakan Agong nak lalu hehe... excited macam budak kecik, kalau boleh nak tata Agong yang berada dalam kereta dia...

Istana lama berdekatan pejabat puan zai sementara Istana Negara baharu berada dengan Jalan Duta dekat lak dengan area ke rumah puan zai. Jadi takde beza antara Istana Negara yang lama atau yang baru, yang pasti nanti mesti hari-hari pun lali di jalan yang sama dan akan nampak Agong lalu...

Ok lah, bebel je dari tadi. Berita mengenai Istana Negara lama nie puan zai baca kat Kosmo! Online... jom baca...

Istana Negara baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur dirakamkan dari Menara Kuala Lumpur semalam.




KUALA LUMPUR – Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.
Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.
Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.
Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.
Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.
P.s- kalau lalu depan Istana Negara lama tu kan mesti nak tengok kuda dengan pengawal kat situ...
OK lah cerita dari rakyat jelata yang dok dekat dengan istana...tata





2 comments:

Totie@Tomy said...

samalah dengan saya tiap2 hari nak pi kerja mesti lalu kat istana negara..hehe

Jendela Hati said...

totie@tomy: itu le sama je istana lama atau baharu, kite tetap lalu situ huhu