Tuesday, November 1, 2011

Saman Fitnah : Nadia Mustafar Diarah Bayar RM50,000 Kepada Lisdawati





KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Mustafar pada Isnin,diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada dramatis, Lisdawati dalam saman fitnah berhubungpenerbitan artikel isu hutang di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia yang membintangi filem Zombie Kampung Pisang' untuk membayar faedah padakadar empat peratus bermula daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian kes.
Perbicaraan melibatkan keterangan lima saksi. Keputusan itu diberikan tanpa kehadiran Lisdawati mahupun Nadia yang hanya diwakili oleh peguam masing-masing.
Lisdawati, 33, yang merupakan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo manakala Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35,diwakili peguam siti Julaini Mohd Sahar.
Prosiding mahkamah bermula selepas Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin memfailkan saman pada 21 April tahun lalu atas dakwaan Nadia telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dalam temu bual oleh wartawan Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani (Allahyarham).
Temu bual tersebut kemudiannya diterbitkan dalam artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada keluaran bertarikh 8 hingga 14 Januari2005.
Nadia juga didakwa enggan untuk meminta maaf daripada Lisdawati walaupun telah diminta untuk berbuat demikian pada 18 Julai 2005.
Lisdawati yang memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 mendakwa, dalam erti biasa artikel itu dapat difahamkan bahawa dia telah meminjam wang, berhutang dan gagalmenjelaskan hutang.
Lisdawati mendakwa dirinya tidak pernah meminjam wang daripada Nadia sebaliknya berbuat demikian dengan teman lelaki Nadia semasa itu, Mohd Roslan Omar.
Bagaimanapun, Nadia pada pembelaan yang difailkan pada 18 Mei lalu mendakwa, artikel tersebut tidak mempunyai unsur fitnah dan hanya meminta supaya orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang dengannya.
Nadia juga mengatakan dia telah bekerja di luar daerah semasa itu dan menyuruh Mohd Roslan untuk berjumpa dengan Lisdawati dan mendahulukan wang RM10,000 bagi pihaknya.
Oleh SALWA SHA'ARI-Mstar

No comments: