Sunday, November 6, 2011
Rendang ayam kampung...
Bahan-bahan utama untuk membuat rendang ayam kampung ialah:
3 ekor ayam kampung
2 kilo santan bersamaan 6 biji kelapa
3 tangkai daun kunyit
2 batang serai dititik
2 biji kelapa untuk di buat kerisik
Bahan dikisar:
3 inci lengkuas (1/2 ibu jari)
6 inci halia (1 ibu jari)
2 batang serai 'peha ayam' atau 6 batang serai biasa
30 biji cili kering
Cara-caranya:
Masukkan ayam ke dalam santan dan semua bahan-bahan yang telah di kisar hingga masak bersama daun kunyit dan serai yang telah dititik. Bila dah mendidih baru masukkan kerisik.
Kalau mengunakan ayam kampung, ayam hendaklah dimasukkan sekali dengan bahan-bahan lain dalam kuali sehingga masak.
Lain pula dengan ayam daging, rempah dan santan harus di masakkan dahulu baru ayam di masukkan ke dalam kuali dan tunggu hingga ayam masak.
OK lah. ini lah di hidangkan pada pagi Aidiladha tahun nie. Semua mengemarinya. Pagi ini nak bawa ke rumah atuk puan zai di Kampung Dato' Keramat. Beraya bersamanya. Atuk pun tak berapa sihat. Kembang hatinya bila melihat anak cucu bertandang dan beraya bersama-sama terumata bila atuk melihat wajah mak puan zai...
Sekian dari puan zai...
Salam Aidiladha...
Tata....
Labels:
Resepi JH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment