Friday, November 11, 2011

Hazama segan bergandingan bersama Amy Search


Amy Search dan Hazama

Pernah bekerjasama bersama sewaktu di dalam Akademi Fantasia musim kesembilan yang lalu, ternyata ia bukan satu alasan utama termeterainya kolabirasi antara pemenang pertama musim itu, Hazama bersama pengetuanya, Amy Search dalam lagu  terbarunya, Simetri.
Mengakui sangat berminat dengan bakat yang ada di dalam diri legenda rock ini, menurut Hazama, biarpun dia pernah bekerjasama bersama semusim yang lalu, namun didalam dirinya, dia masih segan untuk bermesra dengan lelaki penuh bakat ini.
“Saya memang masih segan dengan Amy, dan sewaktu kali pertama rekod lagu ini, saya hamper tidak boleh menyanyi kerana terlalu segan dengannya.
“Dia idola saya, pertama kali diberitahu akan berkolabirasi dengannya, saya memang teruja sehingga tidak dapat tidur kerana memikirkannya, tapi bila berjumpa saya jadi segan.
“Biarpun begitu ada saya tetap ambil peluang ini untuk menuntut ilmu yang ada padanya, dan biarpun dia agak pendiam tapi saya dapat banyak ilmu muzik daripadanya,”jelas Hazama.
Bercerita tentang Simetri, jelas Hazama dia kini selesa untuk mengeluarkan single terlebih dahulu berbanding mengejar pembikinan album.
“Perancangan untuk album itu ada dibuat, tetapi saya tidak terlalu terkejar-kejar. Jika ada album sekalipun, belum tentu ianya terjual kerana pasaran album sekarang kelihatan sukar.
“Tambahan pula, pihak Astro sendiri banyak artis di bawah mereka, jadi perlu menunggu giliran untuk menghasilkan album lengkap, jadi saya rasa pilihan untuk keluar single terlebih dahulu merupakan pilihan yang terbaik di kala ini,”jelasnya lagi.
Credit to: Mangga online...
p.s- Hazamaaaaa............


4 comments:

Totie@Tomy said...

minat sangat hazama..lagi saya paling minat sekarang lagu pokok/...

Jendela Hati said...

totie@tomy: itu le bdk2 sini lagu pokok je di layannya...

Azrey Rozie Eiman said...

I like my bro Amy ses ;)

Jendela Hati said...

azrey rozie eiman: amy papa rock eh skrg dh jd atuk rock...