Thursday, November 3, 2011

Letih...

Assalamualaikum...

Letih? Harini memang letih sikit. Satu hari dok dalam store room. Buat apa dalam store room? Dah macam keje kat kilang aje.

Dah la betis sakit tak boleh nak berjalan sebabnya hanya la firedrill semalam. Alahai baru turun tangga dari tingkat 12, sakit betis ya amat telah melanda. Tu la orang terlampau 'rajin' buat senaman ini la penangannya...huhu...

Nak citer pasal store room tadi, hari ini puan zai dan rakan sekerja kena siapsedia kan company 'Welcome bag' ala yang macam guddybag tu le. Beg-beg untuk new recruit. Boss mintak 100 beg. Dalam beg tu kami kena masukkan folder, surat, pamplet, mug dan dairi company untuk bigboss.

Sudah hamper 80 beg siap, tiba-tiba bigboss masuk jumpa kami mengatakan dia nak 100 folder sahaja dan tak perlu lain-lain barang. Perghhh dah hamper siap, nak lain pulak.

Jadi, beg yang dah siap 80 beg tu bigboss kata biar je simpan dulu untuk di guna di hari lain. Dalam tu jugak kami cepat-cepat sediakan folder yang bigboss nak. Dalam folder tu cuma ada surat dan pamplet company aje.

Maklum le dalam bilik berhabuk, ada macam-macam barang dalam tu. Dari tadi sampai sekarang tekak terasa sakit je mungkin pekena habuk-habuk kotak tu.

 Kalau dah suka bergambar tu, penat-penat pun sempat posing dulu hehe.

 Ini pun posing jugak.

 Kotak-kotak nie semua barang-barang yang perlu ada dalam welcome bag nie. Setiap satu barang semua di order sebanyak 1500 setiap satu barang. Mana la tak penuh store room yang besar nie.

Esok rasanya dah takde benda nak buat. Untuk esok ada satu dua report yang bosskecik tunggu. Belom siap dari zone administrator di branch.

Next week pula bigboss akan ke Hong Kong selama 4 hari. 'Berparty' la kitaorang kat opis nanti hehe...

Wokeh, bersambung lagi kendian ye, tata...

Puan Zai...






2 comments:

Yati said...

Bos takde? Wah... hehhe...
Yati dulu pernah masa latihan firedrill tu, turun dari tingkat 41. Sampai bawah, rasa lemah lutut. :)

Jendela Hati said...

Yati: wah dr tkt 41? tingginye, sy yg kat tkt 12 pun dah rasa seksa rasa sakit kaki nie