Friday, November 18, 2011

UPSR 2011 terbaik dalam tempoh empat tahun

Pagi tadi lepas menerima bantuan RM100 dari pihak sekolah, sempat juga lah puan zai jenguk-jenguk keputusan UPSR sekolah kakak nie.

Dengan calon yang berjumlah 47 orang tahun 6 ini, seramai 6 orang mendapat 5A, 3 orang mendapat 4A dan lain-lain tu kebanyakkannya mendapat 3A, 2A dan 1A.

[Jam 11.30 pg senarai nama semua calon dan keputusan mereka di letakkan di papan putih sekolah]


Oklah jom baca artikel dari Utusan nie...


PUTRAJAYA 17 Nov. - Keputusan keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini beliau berkata, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata, calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini. - Bernama

2 comments:

Nur said...

Sekolah Amirul yang dapat semua A ada 5 orang je.
Takpe la, sebab UPSR je. Nanti dah masuk PMR dan SPM, kena usaha lebih. Lagi-lagi sekolah kat bandar kan, ramai budak pandai. :)

Jendela Hati said...

yati: betul tu kak, anak sy next year darjah 4 dah dekat dgn upsr huhu