Wednesday, November 23, 2011

Tampilkan kuku cantik, sihat

Tangan dan kaki merupakan bahagian badan yang paling banyak bergerak. Maka, penjagaan pada bahagian tersebut adalah amat penting malah perlu dimulakan pada usia muda.

Selain itu, kuku kaki dan tangan yang bersih dan rapi memberikan pandangan dan tanggapan pertama kepada empunya diri.

Butik kecantikan, Beauty Palace di No 31, SS15/2A, Subang Jaya, Selangor misalnya, menyediakan rawatan kuku, spa tangan dan gaya yang lebih praktikal untuk kegunaan semasa berbanding hanya mewarna dan menghias kuku .

Bagi yang beragama Islam, mereka digalakkan melakukan rawatan kuku untuk menjadikannya lebih sihat, melembap dan bersinar.

Teknik-teknik rawatan yang diketengahkan ialah melindungi kuku dan memastikan kerja-kerja rawatan membersihkan sel-sel kuku mati.

Penjagaan kutikel kuku adalah penting agar sentiasa berada dalam keadaan cantik dan tidak rosak, luka dan akhirnya menjadi hitam, patah dan rapuh.

Bagi rawatan kulit kaki dan tangan, produk penjagaan kulit Giena seperti minyak aroma terapi digunakan.Selain memiliki kuku bersih dan cantik, rawatan juga menjadikan kulit pada tangan dan kaki lebih lembut selain mengurangkan kedutan. 

Antara perkhidmatan lain yang disediakan di butik kecantikan ini adalah spa dan urutan tangan, mewarna, memotong kuku dan penyambungan kuku atau menghiasnya mengikut cita rasa pelanggan-Utusan





No comments: