Friday, November 4, 2011

Sejuk mata memandang...

As-salam...

Maklum sahaja lah, kalau dok kat opis tu macam terkurung je dari dunia luar.

Tengok kiri kanan semua dinding puteh, dah macam penjara.

Toleh sana sini cuma nampak pc, nampak printer, nampak meja kerusi dan nampak muka boss...

Masa-masa nie sejuk je mata memandang tengok tumbuh-tumbuhan tak kira lah pokok itu kecil sebesar tapak tangan.

Pagi-pagi kat opis sebelum masuk waktu kerja, mesti nak membelek pokok-pokok kecil atas meja. Tak kira atas meja sendiri atau intai-intai meja kengkawan.

Kitaorang sama-sama komplen sama-sama bagi pendapat. Kalau nampak bunga yang kuning sikit, semua akan berperasaan ala-ala kecewa kenapa daun pokok tu kuning... tapi tula bukan ari-ari tukar air pokok, ada kalanya dua tiga bulan baru tukar, paling rajin setiap dua minggu atau sebulan...huhu

 View dari atas meja puan zai...

 View dari dekat...
Kebanyakkan pokok-pokok kat pasu kecik kat opis rata-rata money plant.
Money plant nie dah bercampur. Puan zai punya sendiri dan ex-bigboss punya pokok.
Sejak dia retired dulu puan zai angkut bawa keluar dari bilik dia dan potong dua, separuh puan zai amek separuh lagi kawan meja sebelah amek. Saat ini pokok nie tumbuh pucuk-puck baru dan menjadi banyak. Bila banyak mula la bahagi-bahagi sapa-sapa yang nak.
Dalam pasu kecik tu letak jelly ball dengan batu sungai.
Jelly ball nie hanya guna di opis je. Tak berani nak letak kat rumah. Dengarnya dah di haramkan sebab ada cerita seorang kanak-kanak tertelan benda alah nie...

 Pagi tadi tukar pasu baru. Kawan puan zai kata pasu dia yang kaler biru nie bila tambah air mesti meleleh seaakan bocor. Bila belek baru lah tahu yang pasu tu di bahagian tengah berlubang, patut lah meleleh huhu nasib tak kena document pejabat.

 Yang ini, atas steel cabinet sebelah bilik bosskecik.
Pokok nie pokok tumpang kadang ada di tanah kadang ada tumpang tumbuh di batang pokok rambutan.
Tengok jelly ball dia sampai nak terkeluar dari pasu.

 Yang ini pun, banyak pucuk dia tumbuh walhal sebelum nie sikit je daun dia.
Jelly ball dia pun macam nak terkeluar dah...

 Atas meja kawan puan zai yang sorang nie dia campur money plant dengan daun sireh.
Makin lama makin besar. Nak buat stok makan sireh ker? hehehe

Kat atas meja nie lah ada kaktus. Kawan puan zai baru letak atas meja dia. Sebelum nie kat tepi tingkap dia letak nak bagi kena matahari...

Sejuk je mata memandang bila sampai opis pepagi buta. Belek-belek sambil sarapan pagi.

Kadang-kadang tersenyum sendiri... bila dah tersenyum sendiri dah macam tengah hayal membaca novel pulak rasanya bila tengok pokok huhu... 
Macam-macam... alahai...

Puan zai...





2 comments:

Totie@Tomy said...

hehe cantik ar opis..kalau banyak tumbuh tumbuhan..segar mata dan ilang stress..

Jendela Hati said...

totie@tomy: betul tu tensi2 tgk pokok