Saturday, November 5, 2011

Pekena kari...



 Bermula sejak minggu lepas, company tempat puan zai berkeje dah bole pakai t shirt company pada setiap hari jumaat.

Kaler t shirt biru sekarang nie berbanding dengan pentakbiran lama yang menggunakan kaler kuning sebagai corporate colour.

Maklum le dulu kuning ada kene mengena dengan kaum kerabat Negeri Sembilan.
Keje dengan pentakbiran baru nie kaler biru la pulak...

 Kalau nak pakai plain t shirt pun bole asal kan tak de lambang atau logo company lain.
Bigboss pun pakai t shirt kaler putih.

Hari jumaat bole tak pakai formal mengikut garis panduan yang telah di tetapkan company.
Kalu nak pakai baju melayu pun bole tetapi lengkap dengan songkok dan sampin.
Segak kan.

Hari ni bukan nak citer pasal t shirt, hari ini nak tayang gambar orang belanja makan kari kat Jalan Ipoh semalam, tak silap nama restoran tu restoran kari kepala ikan.

Dulu masa bangunan kitaorg kat Jalan Ipoh emang selalu la dapat makan kat sini.
Restoran nie pun dah cantek kalau nak banding dengan dulu-dulu.

 Tu diaaa... pinggan puan zai... amek telo ikan, pegedil dan ayam goreng serta kobis goreng.
Kuah kari pula puan zai curah 3 jenis kari dalam pinggan buat ala-ala nasi kandar la pulak...

 Kari ikan merah dengan bendi.
Sedap kari dia...
Kitaorg tak amek set kari kepala ikan kesian kang pada orang yg belanja bukan apa takut mahal ler...
Nanti bole datang lagi makan dan bayar dengan duit sendiri... kesiannn...

 Udang goreng dalam enam ekor. Puan zai makan satu je takut gatal pehtu dok meratah kulit udang je.

 Dah kenyang makan nasi sebelum gerak ke opis kami ngeteh dulu. Puan zai dah kenyang malas nak minum air panas waktu tengah panas nie. Kawan puan zai order susu lembu ais. Puan zai sedut sikit hmmm tak tertelan rasa hanyir...

Gelas pun dah kosong, apa lagi angkat kaki le balik opis dengan bawa perut yang penuh.


No comments: