Monday, November 14, 2011

Gulai kepala ikan tengiri dan bunga kantan...

Sedap tak bunyi tajuk di atas? Beli kepala ikan tengiri yang mentah dengan dua keping ikan tersebut dengan harga RM6. Boleh lah murahnya. Bunga kantan pulak amek kat "Terbaek dari ladang" abah.

Dapat la dalam empat tangkai bunga kantan nak masak gulai malam tadi... makan dengan suasana sejuk dan lepas hujan. Amat membuka selera bila tengok gulai dah mengelegak.

Resepi tetap resepi. Jangan kata terer masak kalau selalu ada resepi. Selalu emang puan zai nie kalau nak masak pun masih bawa 'magic book' masuk dapur. Yelah bukan macam chef pun. Sekadar chef untuk diri sendiri jerk. Lain lah mak dan adik puan zai, mereka memang tip top memasak. Kalah kita nie tau...


Nak masak? Jom, jom tengok bahan-bahan seperti berikut:

Bahan utama:
1 kepala ikan tengiri-selebar tapak tangan
1 biji kelapa yang perah santan
4 Tangkai bunga kantan
1 helai daun kunyit

Bahan yang dikisar:
8 biji cili padi
2 biji cili merah
2 labu bawang merah
4 ulas bawang puteh
1/2 ibu jari halia
1/2 ibu jari kunyit hidup atau pun serbuk kunyit

Cara:
Masukkan semua bahan kisar di atas bersama santan, bunga kantan dan ikan. Perlahan-lahan kacau sehingga mendidih, letakkan garam dan hidang.

2 comments:

Lady Lavender said...

pn.zai mai le pos bunga kantan kat kita sket :-)

Jendela Hati said...

lady lavender: bole aje, kalu dpt petik bole jd mcm jambangan bunga dlm pasu hehe