Friday, June 8, 2012

Family Day & Sukaneka

As-salam...

Ini kisah bulan lepas tau.

Baru sekarang nak update-nya.

Pada 25 May yang lalu, sekolah adik ada mengadakan Hari Keluarga Di Sungai Sendat, Ulu Yam.

Untuk suka-suka, cikgu juga turut mengadakan sukaneka untuk pelajar. Acara sukaneka tu adik mendapat hadiah pertama untuk acara menyusun piramid dan nombor tiga untuk acara baling bola ke dalam bakul.

Lepas sukaneka dan acara makan beramai-ramai sambil berkelah, semua pakat-pakat salin baju dan bermandi-manda sambil beriang-ria.


Berbaris untuk mula persembahan tarian dan sukaneka.

 Dalam pada tu sebenarnya semua tak sabar nak mandi bila lihat ada orang lain yang dah mula mandi.

 Acara persembahan tarian.
Masa nie ibu dok gelak sambil 'menangis' seronok.

 Bukan main hebat adik menari tergelek-gelek.

 Siap sedia untuk acara sukaneka.

Acara susun piramid nie adik dapat tempat pertama.
Cikgu kata masa latihan baling bola dalam bakul adik selalu dapat tempat pertama, tetapi bila kat sini adik dapat tempat ketiga.
Tergelak kami dengar cerita cikgu tu.
Sambil gelak sambil sorak.


Untuk acara remaja bawah 14 tahun, kakak pun turut serta.
Tiup belon sampai meletop.
Kakak dapat tempat ketiga.


Wokeh... dah selesai bersukaneka dan bergelak ketawa sambil memberi sokongan padu pada anak masing-masing, kini tiba acara makan.
Hari tu puan zai goreng mehon, goreng keropok ikan dan buah oren untuk makan bersama famili yang lain.
Famili lain bawa lain-lain menu untuk di kongsi beramai-ramai.
Alhamdulillah semua habis termasuk 1 tong besar keropok ikan yang puan zai goreng.
Cuma.... gambar je lupa nak snap sebabbb laparrrr...


Mandi-manda timeee...


Seronok sampai tak nak naik atas dah. 

Best tak???



Time sukaneka nie lah ibu ini nak menangis. Bukan kerana menangis sedih tetapi menangis gembira. Seronok tengok gelagat anak di depan mata. Tengok anak menari. Tengok anak bersukan. Tengok anak yang bergembira dan berseronok.

Susahkan jadi ibu bapa nie. Benda seronok  pun nak nangis... hahahakkk...

pUaN zAi @ jH...




4 comments:

ieedaz @ mama_isha said...

seronok nye nmpk.. ank kite kecik lagi..nanti dh skolah, mesti rase eppy camtu jgk..:)

Jendela Hati said...

ieedaz @ mama_isha: perasaan teruja akan mengatasi semuanya nanti hehe

Azrey Rozie Eiman said...

Adik tu dah sejuk ke mandi kat situ?

Jendela Hati said...

azrey rozie eiman: mandi kejap je, kang lelama semput lak hehe tp aritu dia emang aktif la lari sana lari sana...