As-salam...
Jam di skrin komputer telah menunjukkan jam 1.30 pagi. Lewatnya tido? Biasa lah kalau dah terlelap awal, terjaga tengah malam. Terkelip-kelip dan akhirnya on komputer.
Lagipun sepanjang petang tadi dok piker kan kerja, kerja dan kerja. Agak merunsingkan juga bila memikerkan pasal kerja di rumah nie. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.
Awal-awal pagi nie tengok tajuk entry JH nie best jer... Balik Kampung.
Mentang-mentang lah semua orang sibuk dengan entry balik kampung sempena cuti sekolah, puan zai pun sibuk nak buat entry dengan tajuk yang sama hehe...
Tapi yang ini balik kampung sebelum cuti sekolah. Biasa lah ikut abah dengan mak balik kampung tengok anak ayam sambil menjenguk nenek yang tinggal sensorang di kampung tu. Pastu beli sedikit barang dapur untuk keperluan harian nenek. Walaupun adik beradik perempuan abah dok berdekatan tetapi nenek tetap nak dok di rumah sendiri.
Balik hari aje lah masa tu, pepagi pergi dan malam sampai KL. Perjalanan singkat aje dalam satu jam lebih dah sampai... KL - Lenggeng... Lenggeng - KL...
Selepas beli barang dapur di pekan, abah tanya nak makan ke?
Abah nak belanja hehehehe...
Hmmm... on aje lah perut pun lapar jugak.
Pi makan kat pekan Lenggeng jugak pekena nasi puteh, sup sayur, daging masak merah, cendawan goreng dan telo dadar.
Kakak mulanya order kuew tiaw goreng tapi bila tengok yang lain pekena nasi, kakak pun nak nasi jugak.
Time nak menjamu selera tetiba adik merajuk.
Puan zai tak ingat dia merajuk sebab apa.
Adik nie kadang kuat merajuk... tak padan betul.
Muka mula berkerut dan mulut tajam muncung cengitu.
Kadang boleh jugak kita pujuk, kadang tu kita boo layan je.
Tengok licin... emang kebuluq la masa nie, semua licin.
Hari ini hari Jumaat, dah 01 June. Permulaan awal pagi yang hujan renyai. Cepat aje kan berlalu. Dah masuk 3rd quater tahun nie. Pejam celik pejam celik dah nak puasa... pastu nak raya... pastu nak masuk bulan december... pastu masuk musim persekolahan semula... huhu...
OK lah stop sini dulu, bersambung nanti insyaAllah... tata...
Puan Zai @ JH... yang tak boleh tido...
2 comments:
moga prjalanan balik kpg selamat n lancar..
manisnya si akak tu....adik pulak masam beno..kikiki...budak2 kengkdg kita x perasan diorg merajuk kan...
yumida: ptg nie jam sesangat,semua dlm mood nak jenjalan dan balik kg kan
Post a Comment