NKB: Novel Ku Baca...
Pencuri Cinta...
[Karya: Aini Effariza]
Safuan dan Laila dijodohkan atas pilihan keluarga, kedua-duanya mempunyai sejarah silam dikecewakan oleh cinta masa lalu. Pada saat keduanya mahu memberi peluang kepada hati mereka untuk menerima cinta antara satu sama lain muncul semula cinta lama. Natasha muncul semula ke dalam hidup Safuan untuk menebus kesilapan lama dan mahu memenangi semula cinta Safuan. Sementara Hafiz muncul kembali untuk Laila dan bertekad mahu menjadikan Laila isterinya yang sah walaupun dia sudah mempunyai isteri. Namun perjalanan takdir melukis kisah yang lain apabila Safuan ditakdirkan bernikah dengan Laila dan Natasha serentak.
"Tapi tak mustahil abang utamakan Natasha dan beritahu dia segala-galanya sampaikan makan malam ini pun kena ikut cakap dia, kalau Natasha tak bagi idea suruh abang ajak Laila keluar makan demi menegakkan konsep berlaku adil yang disarankan oleh papa abang tu, adakah sekarang kita berjumpa di sini? Mungkin abang sedang duduk makan malam dengan Natasha dan meluahkan rasa tak puas hati tentang perangai Laila, kan?" Laila.
"Nampak seperti hanya saya yang berusaha keras menjaga hati keluarga kedua belah pihak, tapi siapa yang nak jaga hati saya? Saya letih seharian dengan kerja-kerja pejabat, dan selepas tu berkejar mendapatkan Laila, kemudian Natasha. Saya puaskan hati mereka, tak mahu ada kompelin saya tak berlaku adil, tapi di penghujung hari... siapa yang pedulikan saya?" ~ Safuan.
"Perasaan boleh dipupuk, sayang boleh menjadi cinta yang mendalam. I tak salahkan you kalau you sayangkan Laila lebih daripada you sayangkan I, sebab I terima... Laila tu anak dara, I ni emak budak, kan?" ~ Natasha.
Setengah orang diberi keistimewaan untuk menghadapi kehidupan berpoligami dan berkongsi kasih, namun ada yang tidak mampu menghadapinya walau mereka memiliki segala-galanya kerana ia bukan sekadar soal memenuhi tuntutan agama, tapi ia bukan soal berlaku adil dari segenap sudut kehidupan. Paling penting cinta sejati hanya wujud dalam sekeping hati, bukan dalam banyak hati. Semoga bermanfaat. ~Aini Effariza~
Komen JH:
Novel ini pembaca beli masa Pesta Buku yang lalu dengan harga RM19.90. Tak silap ada less novel ni. Masa di pesta tersebut mata ni dah naik letih dok membaca semua sinopsis di cover belakang novel-novel yang ada sehinggakan tak sedar yang pembaca rembat novel ini dan buat bayaran.
Bila dah bawa balik rumah, baru terperasan novel nie ada citer ala-ala poligami atau kawin ramai nie. Alahai... lamanya nak start novel nie. Isu panas jugak lah buat semua yang bergelar isteri tapi bila dah mula membaca, istilah tu tak wujud cuma mereka-mereka seperti watak di atas tu cuma sempat "bermadu dan berpoligami" di alam pertunangan. Fuhhhh...
OK, berbalik pada kisah novel ini, pembaca suka dengan semua watak dan jalan cerita yang menarik dan penuh pertanyaan di hati dan benak ini serta part suspen dan kisah mistik.
Bahasanya pun mudah di fahami dan penyusunan ayat pun bagus. Cuma sesekali pembaca terkeliru dengan watak bernama puan mariam dan puan maimun. Nama watak yang seakan-akan sama walaupun tak sama watak lebih-lebih lagi kesilapan pada nama yang sepatutnya di tulis puan mariam tetapi ditulis puan maimum pada mukasurat 471... konfius kejap makkk...
Hmmm... itu lah kalau realitinya sebenarnya seorang lelaki yang ingin pasang lebih dari satu ni kena kuat dari segi mental dan fizikal. Wanita pula walau mulut berkata mahu tetapi dalam hati ada sahaja yang tak kena, bak kata penulis sendiri semoga ianya bermanfaat. Renung-renungkanlah.
Selamat maju jaya buat penulis.
Next Novel: Sesuci Kasih Seorang Isteri... karya Dzie Tyea
Sekian.
Puan Zai @ JH...
2 comments:
Nape la YM liat betul kalo nak baca Novel, huhu...
yayansmum: hehe ala kita pun sama... nak perabihkan bacaan mmg lama la nak abes
Post a Comment