Tuesday, June 12, 2012

Box Office...


As-salam...

Box Office? Box Office di Auditorium, Menara Zurich pada 11 June 2012.

Kisahnya, semalam semua staff di jemput untuk menyaksikan preview iklan tv yang akan di tayangkan serentak di beberapa stesen tv utama termasuklah Astro bermula pada jam 8 malam hari jumaat ini.

Ada 3 slot sebenarnya jadi setiap slot dapat memuatkan hampir 300 orang staff. Dok dalam tu kira-kira 1 jam setengah waktu pejabat.

Yang menariknya di sini sebelum kami menonton iklan tv tersebut kami di sajikan dengan popcorn serta gula-gula kapas. Dah macam nak masuk cinema menonton wayang pula rasanya.

Selain itu, kami juga mendengar ucapan daripada CEO serta wawancara antara 4 orang staff yang telah berkhidmat lama di syarikat kami.

Part bila kami menyaksikan iklan tv nie, puan zai dan rakan-rakan rasa sebak sedikit bila terkenang kenangan bangunan tempat kami berkerja dahulu pada tahun 90an di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Iklan tersebut benar-benar mengimbau kembali nostalgia semua pekerja-pekerja yang telah lama berkhidmat.

Bijak si pengarah iklan iaitu Hafiz mengarahkan iklan tersebut yang mengambarkan seolah-olah bangunan dan suasana dalam pejabat bangunan lama itu 'hidup' selain pengambaran di buat di bangunan kami sekarang.

Bayangkan di sini ramai perkerja yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Ada yang dah 30 tahun tau, dari bujang dan sekarang sudah ada cucu. Puan zai sendiri sudah 15 tahun berkhidmat bersama MAA. Maklum lah syarikat kami dahulu sudah hampir 40 tahun lebih menerajui bidang insuran di Malaysia sebelum di ambil alih pentakbirannya oleh satu jenama besar yang lain pada Oktober tahun lalu.

Menurut MC majlis, pengarah muda iklan ini memberitahu yang dia masih ingat semasa zaman kanak-kanak beliau dahulu beliau ada mengikut ibubapanya membayar premium insuran di salah sebuah branches MAA di Penang. Itulah antara kenangan yang membawa idea untuk iklan ini.

 Exclusive Premiere of Zurich Insurance Malaysia's Brand Campaign.

 Ambil tiket seperti gambar kat atas tu sebelum gi amek popcorn.

 Grand kan?
...tapi gambar puan zai je tak grand sebab kabur huhu.

 Bergambar kat belon pulak.

 Amek gula-gula kapas.
Tapi bergambar je la, makannya idak sebab manis.
Kengkawan yang perabih kan.

 Tuu diaaa...

 OK... dah start dah.
Best tengok MC tu.
Suara dia lantang dan terang.

Sebelum tengok iklan Zurich kat screen tu, CEO beri ucapan sebelum dia beredar ke meeting lain.
Audotorium nampaknya penuh.

Last pic sebelum 'iklan box office' bermula...
Tadaaa...

[Gambar ini di ambil masa hujan waktu pagi, masa ini signage dalam proses]

Sebelum semua beredar masuk office masing-masing, MC ada menyebut yang malam hari jumaat ini juga akan mula di pasang kira-kira 3 ribu lampu dibelakang signage tu nanti.
Signage ini juga ialah yang PALING BESAR di Malaysia.

Rasa teruja nak tengok signage nie bila waktu malam. Camner puan zai kata sebanyak 3 ribu lampu tu? Sebab kitaorg sendiri yang bertanya pada kontraktor berapa banyak lampu di gunakan untuk signage depan belakang ini. Perghhh tak terkira banyaknya tu.

Dalam hiba, rasa gembira juga hati ini. 6 bulan telah berlalu. Semua proses re-branding sudah selesai. Selain iklan tv dan iklan cetak di siarkan pada jumaat ini, pada 23hb June ada Grand Launch di Bukit Kiara pula. Semua staff dan agency di jemput hadir. Pelepasan beribu-ribu 'belon biru' akan di adakan selain aktiviti menarik dan hadiah turut di sediakan pada hari tersebut.

OK, jangan lupa ye tengok iklan Zurich di tv nanti. Tengok iklan tu mesti ingat puan zai hehehe... tata...


Puan Zai @ JH....



5 comments:

Unknown said...

beznye...masa utk bergumbira ngn kengkwn nih...
hehe..kena tggu iklan zurich ni...

Jendela Hati said...

yumida: time nie la nak enjoy dgn kwn2. jgn lupa tgk walaupun wajah sy tiada dlm iklan tu hehe (kebykan staff sendiri yg g shoting)

Azrey Rozie Eiman said...

Fullamak!

lady lavender said...

tertinggallah saya nak tengok iklan Zurich..

aliza said...

oooo grandnya.. bess tengok keje swasta..staff dilayan mcm raja. ...