Monday, June 11, 2012

Buka sekolah, demam pula...


As-salam...

Hari ini ada pelbagai rasa. Letih dan malas. Malas tu patut di sebut dahulu agaknya hari ini. Malas-malas pun, kena gak gi keje. Tapi dalam pada tu kesian pula kat si kakak. Sejak malam ahad badan kakak panas.

Kakak nie jarang kena demam. Kalau si adik tu memang selalulah. Malam tadi bawa kakak ke klinik, suhu 38 jadi doktor kata panas kena mc nie... doktor kata kesian senin nak sekolah dah kena mc huhu.

Sampai rumah terus bagi ubat dan lap dengan kain basah. Si adik tiba-tiba dengan rela hati ambil alih tugas ibu basahkan kain tadi dan letak ke dahi kakak.

Adik cakap kat kakak "Kakak, adik demam, ibu sayang adik. Kalau kakak demam, ibu sayang kakak"...

Puan zai paham maksud si adik. Bukannya kasih berbelahbagi atau waktu demam je ibu sayangkan anak-anak. Jika anak-anak demam, 24jam puan zai akan pantau. Lap dan sentiasa bertanya apa yang mereka nak atau inginkan. Selalunya malam hari memang mata tak boleh terlelap. Akan terjaga sentiasa sebab sebelah tangan akan pegang kain basah untuk turunkan suhu badan mereka.

Sebab tu bila menjelang siang, puan zai ke tempat kerja hati terasa berat je dan sentiasa berdoa agar anak-anak dalam keadaan baik.

Jangan sangka jika mak sendiri yang menjaga anak puan zai, puan zai boleh bersenang lenang di tempat kerja. Risau itu sentiasa ada dan akan hilang bila berjumpa dengan mereka anak-anak kesayanganku pada sebelah petang selepas waktu berkerja. Ngam-ngam 5.15 petang terus cabutttttttt....


Sekian.

Puan Zai @ JH...



2 comments:

ieedaz @ mama_isha said...

betul tu..anak kalu demam mmg tak senang keja kite dibuatnya..moga anak puan zai cepat sembuh ya..!

Jendela Hati said...

ieedaz@mama_isha: Thanks... arini kakak dah sekola.