Hujan sepanjang hari kan? Cuaca yang suram-suram... balik keje tadi pun hujan...
OTW nak balik telephone berbunyi. Biasalah panggilan dari si anak dara...
"Ibu, nanti beli mcd"
"Lah, kan dah beli ari isnin lepas?"
"Hmm tak cukup lah"
Memang iye pun tak cukup bila beli 4 beger tapi yang 'mengadapnya' lebih 4 orang huhu...
Bab makan nie kalau di pinta anak-anak ini memang susah ibu ini nak tolak permintaan mereka. Lain lah kalu mainan memang ibu akan tolak mentah-mentah tapi bab nak makan nie nak tak nak ibu pun singgah beli jugak.
Bercinta la nak beli mcd kat Mont Kiara arini. Ada bazaar depan mcd. Orang ramai dan penuh sepanjang bazaar tu nampaknya.
Puan zai tak singgah menjenguk ke bazaar, turun kereta semata-mata nak beli mcd lagipun hujan masih turun membasahi bumi...
Makan ramai-ramai kali ini...
Makan rebut-rebut nie menyelerakan...
Mcchicken ini peberet si kakak.
Kalau kakak nak order mcchicken nie mesti kakak kata 'nak yang banyak sayur dan ada mayo'...
Adik dengan chicken poridgenya...
Dinner dengan mcd di petang yang hujan ini...
Hujan sampai ke malam, lena lah tido nampaknya...
Sekian... cerita dari puan zai @ Jendela Hati...
No comments:
Post a Comment