Friday, March 23, 2012

PappaRich...

Assalamualaikum sahabat semua...

Dah lama dok plan dengan geng bila hari 'menuai' nak gi makan japanese food. Nak minum japanese tea. Nak makan set nasi dan telan wasabe. Nak makan sushi.

Jadi lunch siang tadi terus kami berempat ke Bangsar Village. Kalau nak di kira geng puan zai tak ramai yang suka makan japanese food. Cuma ada seorang aje yang sekepala. Tapi dah jarang dapat keluar dengan kawan sekepala nie maklumlah masing-masing pun bz dan berlainan department.

Tapi sejak dapat tahu ada dua orang kawan yang ini memang 'hantu' japanese food nie terus buat plan nak gi makan ke tempat yang biasa mereka pergi. Lagi sorang nie pula tak pernah makan jadi dia nak ikut sebab nak try.

Namun, emang takde rezeki.

Sampai sana rupanya kedai japanese tu dah tutup dan tak tau dah pindah ke mana. Adeh tekak dah kembang kuncup nak makan tapi tak de pulak. Dok piker-piker empat orang nie kaki masing-masing terus melangkah ke PappaRich huhu...

 Puan zai order mee curry laksa dan tea iced.
Hari-hari teh pastu hangin satu badan huhu...
Mee curry ok lah sedap, sampai licin satu mangkuk ku hirup kuah...
(oh sushi...)

 Sahabat order lain-lain.
Yang ini Kuew tiaw prawn.
Sos macam kicap aje. Puan zai rasa sikit tapi macam tawar aje.

 Ini nasi kuning.
Kira pulut kuning lah nie makan dengan rendang.
Kawan ini minum soya cincau dan milo dinosour @ pun kat kedai melayu milo tabur iaitu milo serbuk yang di tabur atas air milo.

 Huhu yang makan kat rumah pun bole kawan puan zai kata.
Maggi soup... dia order minuman cham ice iaitu kopi+tea...

Tengah masing-masing kusyuk menikmati hidangan, ada mata yang asyik tengok dim sum dari jauh... nampak sedap... Terasa ingin makan jadi terus order je share ramai-ramai...

Dari sudah makan sampai ke dalam kereta dan sampailah ke opis tak sudah-sudah kami ingat sushi.

Hmmm tengok lah next week kami cadang nak gi Pavilion pulak nak cari kedai tu.. nama kedai tu puan zai lupa lah... kena ingat nie lain kali... OK lah jumpa lagi kendian... selamat berehat kepada semua sahabat di alam maya... sekian... tata... Puan Zai @ JH...


No comments: