Tuesday, February 28, 2012

RL6-Albob Tersingkir, Hanya Shiro Menyerlah



KUALA LUMPUR, 24 FEB 2012: Setelah tujuh minggu bersaing bersama rakan-rakan lain dalam Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya tibalah masa untuk kumpulan Albob mengundurkan diri dari persaingan musim ini sebentar tadi.


Penyingkiran Albob diumumkan salah seorang juri tetap, penerbit David Teoh setelah Albob mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain tinggal. Selain Albob, kumpulan Selak dan dan Cuit juga adalah antara peserta yang mendapat undian terendah minggu ini.


Minggu ketujuh sememangnya memberi cabaran hebat kepada para peserta Raja Lawak Musim ke 6 (RL6) apabila hampir kesemua peserta gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Hanya kumpulan Shiro mampu menceriakan para hadirin yang menonton di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil pada minggu ini.


Kedengaran mudah, namun tema bebas yang diberikan kepada peserta pada minggu ini gagal menghasilkan jalan cerita dan lawak yang berkualiti sehingga mengecewakan para juri. Sheila Rusly secara terang-terangan telah melabelkan majoriti dari persembahan peserta minggu ini sebagai busuk.


Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain David Teoh serta Sheila Rusly, seorang lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya.


Albob yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 5 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan.



Profil Abam

Nama Samaran :Abam
Nama Sebenar : Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal :Gombak, Kuala Lumpur
Umur :23 tahun
Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.



Profil Ali

Nama Samaran :Ali
Nama Sebenar : Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 22 tahun
Bakat selain melawak : Memasak, menyanyi, bermain gitar, berlakon.
Kerjaya :Juruteknik Elektrikal / Juruteknik ATM
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjuarai Raja Lawak 6 dan dapat mengangkat Raja Lawak 6 adalah Raja Lawak yang terbaik dari musim lepas.


p.s antara kumpulan yang puan zai suka... tapi tak rezeki tersingkir pula kali ini



credit to Murai.com





3 comments:

dela said...

banyak kali terlepas rancangan RL ni :(

✿ e e i y s s ✿ said...

is xpernah tengokpun lagi.. hohoh

lelamaisara said...

saye tgok kat youtube je..hehhee