Tuesday, February 7, 2012

Dunia Penuh Fantasi Di Disney Channel Sepanjang Februari


JANGAN lupa menonton saluran Disney (Astro 615) sepanjang Februari ini dengan pelbagai rancangan hebat seperti Phineas and FerbPrincess MononokeSpirited AwayHowl’s Moving Castle dan The Cat Returns.



Selain itu juga jangan lepaskan peluang menonton maraton siri popular BoBoiBoy pada 18 dan 19 Februari.
Bagi peminat siri Phineas and Ferb nantikan aksi mereka yang mahu menjadikan percutian musim panas mereka suatu pengalaman yang menakjubkan.



Setiap hari mereka akan mencipta sesuatu pengembaraan yang kreatif, sementara kakak mereka yang iri hati, Candace, cuba menyusahkan mereka dengan memberitahu ibu mengenai perbuatan mereka.
Episod baru Phineas and Ferb disiarkan setiap hari sepanjang Februari dengan episod baru setiap hari Ahad (5, 12, 19 dan 26 Februari) pada pukul 7.15 malam.
Manakala pada 29 Februari, tontoni 29 episod menakjubkan Phineas and Ferb dari 6 pagi sehingga 8.30 malam, dengan siaran perdana episod baru pada pukul 6 petang.
Bagi peminat cerita fantasi Jepun, anda boleh menonton pelbagai filem hebat setiap Sabtu sepanjang Februari pada pukul 9.30 malam seperti berikut:
1) Princess Mononoke
4 Februari, Sabtu pada 9.30 malam
2) Spirited Away
11 Februari, Sabtu pada 9.30 malam
3) Howl’s Moving Castle
18 Februari, Sabtu pada 9.30 malam
4) The Cat Returns
25 Februari, Sabtu pada 9.30 malam
Selain itu saksikan juga maraton BoBoiBoy pada Sabtu dan Ahad (18 dan 19 Februari) pada pukul 2 petang.
Credit to Mstar
Puan Zai @ JH...


2 comments:

eeiyss said...

wah... cerianya~hoho

Jendela Hati said...

eeisya: memang ceria hehehe ceria 24jam lah nampaknya