Wednesday, January 30, 2013

Lalalalalaa... Hari bz ku...


As-salam...

Jam dah pun ke angka 11malam. Banyak benda dilakukan hari ini.

Kat office hari ini ada CEO baru visit Malaysia. Puan zai bz set up lokasi event tu pada sebelah pagi. Event nie khusus buat semua Top GAMs terpilih dan Top management bertemu dan makan tengahari bersama CEO Global Life. Bila event habis, makanan masih banyak berbaki jadi satu division turun makan.

Kat rumah pulak penat buat benda lain. ber'sauna' lagi tak habis-habis. Ber'sauna' dengan 3 pasang baju melayu bakal pengantin tu. Satu ialah baju nikah adik lelaki puan zai dan lagi dua tu baju melayu biasa dia.

Nak update blog pun dah nak tengah malam. Mata dah mula kuyu. Sebelum tu apa kata kita cuci mata tengok pic di JH nie dulu...

 Teman-teman se-division se-opis.
 
 Sebelum makan, kita ber-pic dulu.

 Antara lauk yang masing-masing amek.
Ada Ais kacang jua dan air longan.
Kebanyakan kami tak amek pun sebab dah sedia sejuk dengan air cond.

Ada nasi goreng dan mehon goreng Singapore.
 
 Lauk pauk banyak.
Semuanya ada kira-kira 20 jenis menu.
Ada kailan soysauce, rendang ayam, sambal udang, sotong, filet sweet n sour, crapball kicap, popia, nyonya kueh dan buah-buahan.
 
 Belon nie first time puan zai buat sengsorang.
Sebelum nie buat bersama rakan sekeje.
Mudah sikit kalau buat berdua.
Tapi aritu buat sengsorang ok jerk. Terer tak? hehe

Tinggal satu ari je ari berkeje minggu nie. Hari jumaat Hari Wilayah. Plan pepagi nak pegi ke Chow Kit Road nak cari bunga untuk buat sireh junjung. Pehtu belah petang nak siapkan bahan-bahan untuk mehon goreng untuk kenduri doa selamat pada pagi hari sabtu sebelum kami berangkat ke majlis pernikahan adik lelaki puan zai di Banting.

Semoga semuanya dipermudahkanNya. Amin.

P.s-esok atau lusa nak pakaikan adik inai... hmmm macam tak reti pulak nak pakaikan. Kena mintak tolong pakar nie...

Sekian. Jumpa lagi esok... tata...

Puan Zai @ JH...

 

1 comment:

Azian Elias said...

busy betul yee..

yang best tang makan tuuu...