Saturday, January 7, 2012

Spageti Bolognaise Sauce Mix...


Assalamualaikum...
Salam hari sabtu.
Anda masak apa ek untuk famili hari nie?
Puan zai masak simple aje untuk tengahari.
Untuk makan malam anak-anak memilih untuk makan spageti bolognaise...

 Ini bahan-bahan yang puan zai guna untuk buat spageti bolognaise.
Puan zai guna brand Maggi spageti bolognaise sauce mix untuk kuah atau sos spageti.
Dalam nie dah ada semua bahan, cuma perlu masak sahaja pek ini.
Walaupun guna pek nie, puan zai masih letak bahan-bahan lain seperti bawang merah dan bawang puteh di potong dadu, muchroom di hiris, tomato di potong dadu, udang di buang kulit dan juga di potong kecil serta tomato puri.
Garam dan sedikit gula secukup rasa.

 Begini lah bahan kering dalam pek Maggi bolognaise sauce mix.
Setelah tumis bawang, udang, muchroom dan tomato dadu tadi, masukkan air.
Setelah mendidih terus masukkan bahan dalam pek Maggi nie.

 Sepinggan seorang untuk anak-anak dah siap untuk di jamah.

 Satu pek spageti yang telah di rebus dan di tos.

 Kuah sos yang telah siap di masak.

 Kakak sibuk nak tolong ibu sediakan bahan-bahan.
Adik pula tukang menyibuk.

 Makan jom makan.
Spageti bolognaise dan milo ais.

 Adik pula spageti bolognaise dan air suam.

Dah kenyang makan spageti, makan kek coklat pula.
Kek jiran sebelah beri, kek buat sendiri katanya.
Sedappppp...
Spageti selalunya di makan berulang-ulang sementara stok masih ada.
Kalau banyak lagi boleh buat sarapan esok pagi.

Sekian dari Jendela Hati...
Tata...

Puan zai...




No comments: