Saturday, January 14, 2012

Update: Sabtu...

Assalamualaikum... hari ini seharian dok umah aje. Memang tak ada agenda nak keluar. Letih kat opis jadi sabtu macam nie nak relax dalam bilik dan menonton.

Baru nak pegang novel anak-anak dah menegur pulak... Bila la novel 'Kerana Kau Lelakiku' ini nak abes. Last-last layan si adik dan kakak bermain aje.

Dah lama rasanya tak goreng meehon. Pagi tadi sempat lah masak sekuali. Boleh makan dari pagi sampai malam kakak kata. Separuh buat makan sendiri dan se-tupperware mak puan zai bawa ke masjid.

 Sekuali mehoon goreng.

 Kalau goreng mehoon takde sambal ta best jugak.
Last-last tu amek 4 ta dan bawang merah terus blended dan terus buat sambal.

 Dah siap untuk di jamah.

 Makan time.
Mehoon goreng dan milo panas.
Muka adik tengah cemberut sebab adik kata ibu letak mehon sikit dalam mangkuk.
Adik nak banyak sebab nak gemuk.

Wokeh, tadi menu pagi.
Yang ini pula menu tengahari.
Puan zai masak simple la.
Masak lemak putih kobis, ikan kembung goreng bercili dan ikan masin.

Hari ini emang hari bermalas-malasan di rumah. Blog pun petang baru on. Dok relax-relax dalam rumah kan best kalau dapat buat camnie tiap-tiap hari kan.

OK lah... selamat beristirehat buat semua kengkawan di hari minggu. Selamat berjumpa lagi ya... tata...

Puan zai @ JH...


2 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Tadi bercdg juga nak masak kobis lemak, tp tak jadi.. sbb tghari makan nasi lemak menu pg yg banyak lagi... :D

Jendela Hati said...

zefa norasmara: kobis masak lemak makan dgn sambal belacan lagi power rasanya