Tuesday, January 3, 2012

Novel: Semarak Cinta ~ Hijratul Akisya

NKB: Novel Ku Baca...

Semarak Cinta
[Karya: Hijratul Akisya]


Apalah erti sebuah cinta andai ianya mengundang kecewa yang berpanjangan.

Adi Hamidi seorang lelaki yang pernah di kecewakan oleh Azlin wanita yang di sayanginya ketika sama-sama menuntut di pusat pengajian tinggi menjadikannya seorang kasanova.

Lantas dia mengangap cinta suci seorang wanita langsung tidak wujud. Teman-teman wanita hanya dijadikan teman bersosial sehinggalah dia di gelar 'Buaya Darat Terlaris'.

Kapten Mohamad ayah kepada Adi Hamidi terpaksa masuk campur apabila mengetahui sikap anaknya.

Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah terpisah.

Demi menjaga hati dan mendapatkan semula kepercayaan daripada ayah dan keluarganya, Adi Hamidi menerima pernikahan itu.

Atas perkahwinan itu juga ada hati yang terluka, kasih yang disemat di dalam hati bertahun lamanya akhirnya memakan diri sendiri.

Mampukah Nur Alia mengubah sikap suaminya, walaupun segunung cinta di pertaruhkah dalam melayari alam rumah tangga? Atau mungkin dia tertewas oleh perasaan kerana kasihnya yang tidak bertepi.

Komen JH:
Hmmm baca sinopsis nie kalau betul-betul sinopsis dia sekuat penceritaan dalam novel tentu dah kena tabik. Mungkin hati pembaca tergeletek dengan cerita kelakar mengenai ' roti kering' itu aje.

Kalau lah watak-watak utama seperti Nur Alia dan Adi Hamidi ini di halusi dan diperbanyakan tentu lebih menarik...

Next Novel: Kerana Kau Lelakiku... karya Teja Aufi Nasrul...

Puan Zai @ JH...

4 comments:

Hanis Azla said...

sinopsis mmg memainkan peranan yg besar untuk menarik pembaca kan..

Jendela Hati said...

hanis azla: betul tu, sedikit kiciwa...

Cemmomile said...

Assalamualaikum..
Selamat berkenalan...
Saya pun sangat suka baca novel n cerpen sampaikan zaman skolah dulu suka pi fotostat cerpen2 yg ada dalam majalah siswa dan remaja.

Dan novel cinta sekrang byk sgt guna konsep yg sama kan...
kawin paksa/kawin kontrek/pendek kata byk hubungan yg dimulai dgn tanpa cinta dari sebelah pihak atau kedua2 bileh pihak...Suami tak suka isteri...isteri sgt sayangkan suaminya..tp lama2 cinta gila. stuju tak..=)

Jendela Hati said...

cemmomile: waalaikumsalam... salam kenal jua..timekasih singgah sini...

dedulu baca suratkaba atau majalh mesti cr cerpen dulu...

ye sy setuju jugak sbb semua citer konsep yang sama seperti anda katakan walaupun ada segelincir yg punyai cerita yg berbeza. apa jua novel pun tetap jua nak baca novel dan beli novel... kan kan kan...