Sunday, January 22, 2012

Kari telur dan roti...

Hari ini hari cuti... rasanya macam nak bercuti memasak pulak. Tapi nak keluar makan kat luar pun malas. Cuaca pun mendung je lepas hujan lebat subuh tadi. Macam nak suruh dok depan tv sambil kunyah kudap-kudap pulak bila cuaca cengini...

Walaubagaimana pun perut anak-anak mesti di isi.. hmmm nak masak apa ek? Anda semua masak apa tengahari ini?

Piker-piker punya piker... nampaknya masak kari telur rebus aje lahhh... boleh?

Kari telur rebus versi JH

Bahan-bahan:
5 biji telur yang di rebus terlebih dahulu dan di kupas kulit.
2 biji kentang
2 bungkus kecil serbuk kari Baba's (dah nama kari, serbuk pun nak kena lebih maaa)
1 biji kelapa dan perah santannya.
1 tangkai daun kari
minyak
garam secukup rasa.

Bahan yang di tumbuk:
2 labu bawang merah
3 ulas bawang puteh
setengah ibu jari halia

Cara:
Tumis dengan minyak bahan-bahan yang di tumbuk. Masuk kan kari serbuk yang sudah di kacau dengan air dan tumis hingga naik bau. Masuk santan dan kentang kacau hingga masak. Dah siap masak baru masukkan telur rebus. Hidang.


 Kat rumah ada roti yang di beli dari 'babu' roti.

Adik makan nasi dengan kari.
Manakala kakak pula nak makan kari cicah roti.
Jadi, ini lah menu kami sekeluarga tengahari ini di hari minggu...

Puan zai @ JH


6 comments:

`Aine`Ainun* said...

heheeee,

cuti2 ni rasa m a l a s nak masak...

Penyakit "malas datang" =)

salam singgah=))

Totie@Tomy said...

bestnya lepas pantang semua nak makan ceh macam besar jerk perut ni...hehe

Azrey Rozie Eiman said...

Concept kari sama la kite. Masak kari ikan tenggiri

Jendela Hati said...

aine ainun: tu la bila penyakit nie dtg, bahaya hehe... thx folow ye salam kenal.

totie@tomy: lagi beberapa ari je nak abes pantang tu totie hehe

azrey rozie eiman: hari masak kari le nie ek...

mamawana said...

Assalam,

Selera kita serupa. Suka suka kari telur dgn roti.. BEST.

Jendela Hati said...

mamawana: itu la kalau cicah roti pun best kan...berkeping2 roti mkn hehe