Thursday, January 19, 2012

Zai, you take more....

Hari ini ada lagi suplier datang hantar berkotak-kotak buah limau untuk division under bigboss. Setelah di agih-agihkan kepada semua department head, ada satu kotak besar untuk biggboss.

Biggboss dah pun bercuti CNY. Puan zai pun email lah kat dia kata ada supplier bagi limau. Dia pun reply sebab dia pakai balckberry (puan zai takde blackberry, blueberry adalah hehe), biggboss kata "Zai, distribute to all and you can take more..." hahaha sayang tak boss aku kat aku?.... alahai ini nampaknya entry perasan nie... jangan perasan lah ye...

Yelah minggu lepas ada satu department nie dapat sekotak besar seorang limau... hari ini puan zai lah pulak... tapi kan kalau di kira-kira sejak minggu lepas dapat limau nie rasanya mau berkotak-kotak yang puan zai bawa balik rumah dah nie... sebab nya walau dah bawa balik, kat peti ais kat umah pun masih lagi banyak.. untung kan semua orang... semua dapat banyak...

 Limau madu size XL.
Selalunya kalu bawa balik pakai beg sebab malu nak angkut kotak limau bawa balik sebab kotak besauuu.

Ini yang ada atas meja makan kat rumah.
Belum masuk yang ada dalam peti ais...
Bulan nie kaya dengan limau....

Oh yang ini pula mini hamper yang IT department jual untuk CNY.
Dalam dia ada bermacam-macam kudapan seperti air kotak, sebiji limau, gula-gula, 4 jenis keropok, 1 jenis biskut dan angpow.
Ala angpow kosong je buat gempak orang hehe...
Ada dua jenis mini hamper, ada yang RM5 dan satu lagi RM10.
Yang mini hamper harga RM10 ini lagi banyak lah isi dia berbanding yang RM5 nie.
Puan zai beli yang RM5 aje...

Puan zai beli satu hamper untuk seorang budak IT yang banyak tolong puan zai tentang report-report management.

Kira puan zai banyak lah berbudi pengetahuan dari dia.

Jadi, CNY nie puan zai beri dia mini hamper.

Cara membeli, kita perlu isi form dah submit pada IT department yang incharge dengan berserta cash kepada mereka.

Mereka akan hantar kepada menerima yang ingin kita beri, siap dengan kad kecil yang di tulis daripada siapa dan kepada siapa.

Bukan setakat CNY aje, hari raya pun ada jual mini hamper ini. Dan puan zai memang ada beli untuk rakan-rakan rapat dan juga untuk anak-anak.

Saja-saja aje beli untuk ole-ole kat anak-anak.

OK lah stop sekejap, to be continue ya!

Puan zai @ JH...


No comments: