Monday, January 30, 2012

Hafiz Menang AJL26, Gondol RM45,000

Ikutkan hati semalam memang tak ada hati nak tengok AJL26. Maklum lah Artis kesukaan si Hazama tu tak masuk final huhu... Mata pulak asyik nak tido awal aje. Nasib ada Hafiz dan Aizat tengok jugak lah... Dengar ada suara Jamal dan Awie di pembukaan AJL26 terus mata melekat sampai ke akhir.

Rata-rata artis pilihan yang bertanding semuanya best-best belaka lebih-lebih lagi Hafiz. Pergh dia memang ada umphhh pasang TV kuat memang jelas dengar suara nyanyi lirik-lirik yang puitis. Nanges tau bila Hafiz gi peluk Herman Tino di akhir persembahan dia.

Aizat pun puan zai suka cuma music arrangement dia tak berapa dengar mungkin lagu tak sesuai dengan okestra... mungkin lah bukan reti pun bab-bab nie.

Dan tabik jugak pada Alya yang bawa lagu dia penuh penghayatan dan persembahan dia yang bagus dan buat penonton terkejut dengan kehadiran Remy Ishak.

Projek Pistol pun OK, best semua penyanyi dia memang best terang segala sebutan.

Berbanding Yuna, puan zai suka kat Najwa Latif cuma persembahan dia dah biasa tengok, tabik juga kat dia sehingga layak masuk AJL tahun ini.

Jac? Perghhh suara Jac memang power. Pendapat peribadi puan zai, puan zai lebih suka Jac menyanyikan lagu Sedetik Lebih ini daripada penyanyi asal. Tapi tak palah walau lagu ini tak menang, Edry dah pun mengondol anugerah Nada dering Mobile terbanyak.

Lagi satu kan suka tengok gandingan pengacara Faizal Ismail dan Cheryl memang dorang berdua nie kelakar. Di harap akan terus kekal menjadi pengacara AJL untuk tahun-tahun yang akan datang.

OK lah ini lah komen puan zai buat artis pilihan hati puan zai... huhu yang tak di sebut tak berapa sangat nak jadi pilihan hati huhu...

Tahniah buat sifu M Nasir dan Budi Hekayat serta penyanyi vokal terbaik di AJL26 iaitu Hafiz.

Jom baca berita kemenangan Hafiz di MStar...


Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM45,000. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL
KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.
Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir),Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).
Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara),Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.
Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri.
Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.
Sementara itu, bagi kategori yang baru diperkenalkan, Anugerah 'Juara Mobile'bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih, ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim.
Pertandingan bertemakan air yang menterjemahkan simbolik aliran dan prestasi industri muzik tempatan itu dihoskan oleh gandingan tiga pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Awie, Datuk Shiela majid dan Jamal Abdillah untuk persembahan pembukaan, manakala nyanyian Black, Azlan & The Typewriter dan Hazama pula pada segmen interlud dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS.

2 comments:

..::..aRe-Na..::.. said...

btuahkn hafiz ni..simple jek..modal t-shirt ngan suar biasa jek kn..hsil nya lumayan..ok la kn sore pun sodap per kan..hihi..

Jendela Hati said...

are-na: ye betul tu... paling simple dan persembahan dia menarik