Friday, January 20, 2012

Restoran Rasa Sayang...

Yeah yeah esok cutiii!!!!

Hehehe macam budak sekolah je kan... bukan sahaja budak sekolah yang suka bercuti tetapi mak budak pun suka sangat hari ini hari terakhir kerja minggu ini dan bermula esok akan bercuti dan dok bersenang lenang di rumah selama empat hari.

Sekolah pulak tutup selama seminggu tapi opis hari rabu dah bukak dah... tetapi yang syoknya opis akan lenggang. Semua yang meraikan CNY akan bercuti panjang dan tinggal 5-6 yang tak meraikan akan jaga 'kedai'.

Semalam lepas puan zai and the geng melawat sahabat yang di tahan di hospital, kami berempat rakan sekerja kelaparan. Dengan waktu lunch time satu jam ini dan dah tentu-tentu masa yang suntuk nak mencari tempat makan, akhirnya tayar kereta terus je masuk parking dan singgah ke.........

 Jeng jeng jeng...

 Restoran yang punyai ruang besar dan selesa.

 Pergh... syok giler dapat minum air sirap selasih yang best nie.

 Puan zai order nasi puteh dan ayam goreng kunyit.

Cuma rasa nak tercekik makan kering-kering sebab tak ada sup.

 Kawan sebelah pulak order maggi goreng dan ayam goreng.

Ayam paprik untuk seorang lagi kawan.

Dah siap makan, apalagi zuppppppppp terus gerak balik ke opis........

Puan zai @ JH


No comments: