Friday, August 12, 2011

Kuala Gandah kumerinduimu...

Kelmarin puan zai dapat email video cute anak gajah nie masa kat opis. Bila tunjuk kat anak-anak kat rumah, tergelak-gelak kami tengok. Comel sangat anak gajah dalam video nie.


video

Dah tengok dah? Cute kan? Terkekeh adik dan kakak tengok video nie.

Kalau nak tahu puan zai anak beranak memang suka pada gajah. Tak pasti kenapa. Pernah dua tahun lepas kami ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Seronok gi dengan famili ke sana. Lebih teruja mesti lah anak-anak (alah orang dewasa pun teruja). Lepas subuh dah gerak ke sana walaupun nak masuk untuk tengok gajah-gajah adalah sebelah petang jam 2pm. Kena ambil tiket awal takut kehabisan. Limited je tiket dia. Takut jika terlampau ramai gajah akan rimas. Sementara tu sempat jugak ke Deerland dan makan minum dahulu.

Kat sana tak banyak dapat ambil gambar dengan gajah. Apa-apa memang seronok tengok dan mendengar penerangan bagaimana datangnya gajah dari hujan ke tempat ini, habitatnya dan sebagainya. Dapat tengok baby gajah (nama je baby tapi besar size dia), ada yang cacat kaki kerana terkena perangkap, ada yang bersifat manja dan pelbagai ragam gajah. Pengunjung jua di beri kesempatan untuk beri gajah makan. Melompat-lompat kakak takut belalai gajah tu tapi nak bagi makan jugak dalam takut-takut tu.

Banyak aktiviti bersama gajah di lakukan di sini. Cuma masa kami datang siang tu, malam tu hujan turun dengan lebat paras air sungai naik, jadi tiada aktiviti mandikan gajah di lakukan.



 Kakak aje dapat naik gajah sebab adik kecil sangat. Kesian adik. Beratur panjang tau nak naik gajah tapi semua pengunjung dapat lah merasa.

Antara pengunjung yang seronok naik gajah.

Bila lah akan dapat lagi ke Kuala Gandah. Kuala Gandah kumerinduimu...





2 comments:

Kak Aya said...

wahh puan zai suka gajah...jarang jumpa org suka gajah, biasanya org suka binatang seperti kucing, arnab..

Jendela Hati said...

kakaya: anakberanak suka gajah. kalu tgk video nie terkekek2 gelak...