Monday, August 15, 2011

Kueh raya tambah semangat...

Apadaa... tak abes-abes dengan semangat nie... tau la badan pun semangat.

Bukan apa arini 1st biskut raya dah dapat. Bukan main semangat semua orang yang ada order biskut yang sama. Nie baru satu. Tengok la next week, minggu terakhir berkerja sebelum sambutan raya bermula... huhu mesti tak menang tangan nak bawa balik ke rumah. Nama pun wanita berkerja (alasan nie), jadi biskut raya semua main order aje. Teruk ek? Yelah malas nak adun tepung ek.


1st trip kueh kapit peanut butter yang puan zai jual kat kawan-kawan opis pun dah sampai 19 balang. Next week gaji time, ada 2nd trip lagi stok sampai (harap-harap this week gaji dah lalala). Next week bukan kapit aje biskut lain pun ada. Kiranya jual tu jual jugak, kite beli kat kawan-kawan pun beli jugak hahaha (nie gelak semangat raya).

 Hey siap ada kawan tu dok peluk balang tak bagi orang tengok... hehehe

 View bagi dekat sikit. Biskut nie tinggal kat opis dulu, sok-sok baru bawa balik umah (nie si adik pun dah kata nak biskut sedang puan zai type entry nie).

 Ini lauk semalam. Saja nak tayang. Lauk ini lah yang telah berjaya menambat hati si kakak untuk lebih berselera makan. Menu daging dendeng. Rebus daging hingga lembut. Potong kecil. Tumbuk kat lesung batu. Perap dengan kicap manis. Goreng daging. Buat sambal seperti biasa.
Tadaaa siap.
Fuhhh kakak makan dengan sukaria dan memuji-muji (tapi seperti biasa kuetiaw goreng mesti ada, kakak makan kendian).

 Menu ini pula juga berasaskan daging jua. Kari daging dan lemak. Pergh peberet jugak nie.

Wokeh lah. Catatan arini. Esok di opis tentu bz. Bz keje dan bz berbisnes hehehe. Projek, projek, projek...

Puan Zai...



2 comments:

Puanbee2 said...

ok nak try buat daging dengdeng tu lah .. tk pernah buat lagi :)

Jendela Hati said...

puanbee: try lah puanbee, best tau. salah satu menu bila tiba hari raya... (maklumlah org melayu kalu takde sambal tak sah)...