Monday, August 29, 2011

Hamper raya....

Assalam...

Esok hari RAYA. Puan zai dah famili ingin ucapkan Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua rakan bloggers dan famili. Minta ampun dan maaf jika selama puan zai berblog nie ada tersilap kata dan bahasa yang ntah apa-apa serta komen-komen yang telah menguris hati anda semua secara tidak sengaja.
Semoga anda berbahagia dan bergembira bersama famili dan sanak saudara di hari raya ini.

Kepada yang balik ke kampung pada malam raya, selamat memandu. Berehatlah sekejap di R&R dan menyambung semula pemanduan setelah segar semula.

Semua seronok balik ke kampung halaman masing-masing. Puan zai beraya di KL aje. Raya kedua akan ke kampung abah. Umah mentua kosong. Pak dan mak mentua sudah tiada. Ipar duai ke kampung suami dan isteri masing-masing.

Hari raya tahun ni rezeki melimpah dengan exchange hamper pemberian rakan-rakan di opis. Ada jua yang di beri rakan-rakan lain. Syukur. Meriah dengan hamper nampaknya raya kali ini...


 Pose kejap... layan...

Anak-anak pun...

 Mak pun dapat hamper jua... besar lagi... syukur...

Hamper ini dari BFF (best friend forever) puan zai. Thanks cik Fiza...

 Bergambar dengan puan atun dengan hamper yang dia beri.

 Khas dari jauh. Kedua-duanya dari BFF. Dari kiri hamper dari cik Fiza dan yang kanan dari cik Emma dari Seremban.

Bestnyerrr...

 Hamper ini khas buat rakan partner kueh raya.

Tiga lagi terima dari rakan dalam satu division.

Last sekali dari BFF untuk BFF gak. Hamper ini dari kawan puan zai yang bernama Jewel. Masa puan zai ke BB Plaza untuk byr bill dan beli barang terus jumpa dia di Ain2Dec. Satu untuk puan zai dan satu lagi untuk cik Fiza yang dah balik kampung.

Terima kasih buat semua teman-teman. Salam Aidilfitri...

Yeah yeah esok hari raya...

Salam dari orang KL....
PuanZai...

2 comments:

Yati said...

Oh, beraya di KL. Selamat hari raya, Puan Zai. Banyaknya hamper! Seronok dapat banyak, yek. Kalau berkunjung rumah sedara, boleh juga beli, kan. Dari kita datang dengan tangan kosong. :)

Jendela Hati said...

Yati: itu le org kl, lahir dan besar di kl huhu. ok juga bw hamper. kalu dulu bw lauk skrg bw hamper ek.