Saturday, August 20, 2011

Nak cari barang dapur, nak cari barang dapur...

Bulan pun dah hujung-hujung. Lagipun bulan puasa nie pastinya banyak barang dapur yang telah digunakan dah kehabisan. Redah ke Tesco Menjalara Kepong Village sekejap walau dalam renyai setelah hujan turun dengan lebat petang tadi.

Kiranya ini bukan soping raya lagi. Plan nak ke Sogo esok tengahari. Untuk hari ini beli dahulu barang-barang dapur. Bawa si kakak aje sebab si adik dah lena tidur sejak petang. Di kejutkan pun tak jaga-jaga. Penat sangat agaknya.

 Hmm... penuh lah satu troly barang dapur. Sambil tu puan zai ada beli barang-barang untuk buat hamper raya. Kat opis saja suka-suka tukar hamper antara satu sama lain. Barang dapur yang penting tu biasa lah beras, minyak, sabun basuh, telo (mesti beli), sabun baju, barang mandian dan penjagaan diri dan lain-lain.

 Dah siap beli barang, terus ke tingkat bawah ke Popular Book Store, tempat peberet kakak. Nanti tengok je lah apa yang dia nak beli. Selalunya pensil atau alat tulis lain mesti nak beli hmmm...

 Tu tak habis membelek lah tu, ibu pun dah siap cari barang apa yang ibu nak dia tak siap-siap lagi.

 Pic kejap sebelum bergerak balik rumah. Letis dah. Haus lak tu dok jalan. Perut lak terasa lapar walau dah berbuka di rumah. Tengok jam rupanya dah menunjukkan hampir jam 11pm. huhu.

Tiga hamper yang puan zai siapkan tadi. Ala kadar aje. Seikhlas hati nak buat camner. Nak upah kat kedai pun boleh. Tapi puan zai suka buat sendiri jimat kos upah dan puas hati walaupun tak le cantik benar puan zai balut nie. Lagi satu kalau lah beli barang untuk hamper nie apa yang kite beli anak-anak pun nak benda yang sama huhu budget lari le kalu camnie hehehe...


Tetap nak tayang lauk yang tak seberapa nie. Lauk pauk untuk berbuka tadi adalah ikan kembung/ayam goreng cili, sotong kunyit, paru goreng dan kueh keria. Yang mee dan kuetiaw goreng tu beli kat kedai. Arini tak sempat mak dan adik pompuan serta suaminya ke bazaar sebab hujan.

Wokeh lah nak stop di sini dahulu. Sebelum mata pedih nak lelap sekarang nak BW kejap pastu terus nak lelap mata. Esok nak jalan-jalan pastu terus berbuka puasa dengan BFF-best friend forever yakni geng department sebelum nie. Hari ini baru terasa cepat masa berlalu sebab terlalu bz. BZ 2 in1, tau-tau aje lah ye...

Selamat bersahur dan selamat berpuasa buat semua umat Islam untuk puasa hari yang ke 20 ini.
Wassalam.

Puan Zai...

6 comments:

MulutPayau said...

Assalamualaikum Puan zai...
Selamat Bersoping raya yer...mesti bersesak orang di SOGO...

Jendela Hati said...

Waalaikumusalam MP, itu la mmg dah dpt bygkan camner ulat manusia tu nanti...

Puanbee2 said...

sogo ramai orang puanzai ..saya shoping raya kat tesco je tahun ni hehe..sederhana je tahun ni

Jendela Hati said...

ye Puan bee, emang cam ulat...

Kak Aya said...

sah-sah time ni puan zai dah borong habis barang kat sogo ni...tak sempat nak jengah sini waktu siang, org dah tidur baru sempat datang.

Jendela Hati said...

kakaya ramainya orggg letih kaki berjalan huhu