Sunday, December 4, 2011

Saehu Hampir Ditahan Kerana Daun Ganja?

Tadi baca kat Murai.com pasal kumpulan Saehu Maharajalawak Mega nie. Cerita nie cerita dua tiga hari yang lepas. Puan zai suka jugak kat kumpulan nie. Dorang nie memang dah ramai pengikut. Tiap2 minggu kelakar jugak lah persembahan mereka nie. Semoga mereka tak di landa kontroversi melampau.



KL, 1 DIS 2011: Pastinya ramai yang akan terkejut dengan tajuk ini .Terus-terang, Murai Batu sendiri jadi tak senang duduk selepas mendengar berita panas ini.

Apa lagi, teruslah Murai Batu selidik untuk mencari kebenarannya.

Khabarnya, salah satu kumpulan Maharaja Lawak Mega iaitu seorang daripada ahli kumpulan Saehu, telah terlibat dengan kes yang melibatkan daun ganja. Apa dah jadi?

Lebih mendebarkan lagi, apabila ahli Saehu yang bernama Bocil telah dikaitkan dengan kontroversi ini. Kalau boleh janganlah dia yang terlibat dengan kes ini kerana dia mempunyai peminat yang ramai di sini.

Walaubagaimanapun, selepas meneliti dakwaan berkenaan, rupa-rupanya tidak seorang daripada mereka telah terlibat dengan kes penyeludupan daun ganja.

Semuanya berbangkit daripada gara-gara kostum Saehu untuk persembahan minggu kelima yang lalu. Apa kena mengenanya pula?

Murai Batu mendapat tahu, kostum Saehu yang dibuat mereka bertiga di Jakarta itu hampir tidak lepas untuk di bawa masuk ke Malaysia.

Difahamkan, pihak kastam di Indonesia menyangka, daun yang digunakan pada kostum berkenaan adalah daun ganja.

Gara-gara insiden berkenaan, Saehu dan pihak pengurusannya terpaksa menjelaskan secara terperinci tentang kostum berkenaan sehinggalah kostum yang banyak daun itu diselidiki pihak berkuasa.

Apa yang penting, Murai Batu diberitahu kebanyakan daun yang digunakan pada kostum tersebut adalah daun pokok yang ada dikediaman ahli Saehu di Jakarta.

Dari rumah siapa , tidak pula Murai Batu ketahui.

Mujurlah mereka terlepas dari siasatan itu. Mungkin juga, persembahan kurang mantap Saehu pada minggu kelima yang lalu ada kaitan dengan kejadian ini. Mungkin juga mereka tertekan atau trauma.

Yelah, jika benar mereka melakukan kesalahan, sudah pasti mereka akan berada di penjara dan ditahan pihak berkuasa.

5 comments:

Puan Kutu said...

sy tak layan megarajalawak nie.so mmg tak kenal group nie..:)

MulutPayau said...

akak mmng minat ngan kumpulan saehu ni...suka tgk gelagat Bocil...

Jendela Hati said...

puankutu: group dari indonesia. antara yg lawak takat nie dr negara sana

mulutpayau: haah sy pun suka tgk si bocil nie, suka dia ct nyanyi lagu bday dlm suara serak2 sakit tekak kelmarin

Nur said...

Yati dah banyak miss MaharajaLawak Mega ni. Saehu ni lawak juga.

Jendela Hati said...

yati: lawak dorang ok la jugak.