Monday, December 12, 2011

Lambaian Terakhir Agong


LAMBAIAN MESRA ... Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melambai mesra kepada hadirin sebelum berlepas pulang ke Kuala Terengganu pada istiadat rasmi Tamat Tempoh Pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini-Mstar


~~~~~


ps- Nak tau tak? Kelahiran anak sulung puan zai pada February 2002, nama Nur Zahirah Afiqah adalah sempena nama Raja Permaisuri Agong Nur Zahirah. Puan zai suka dengan nama Zahirah nie mungkin nama puan zai juga bermula dengan huruf Z.


Pertama kali puan zai lihat wajah Permaisuri, puan zai terpegun dan teruja melihat Permaisuri yang ayu bertudung. Tak silap masa tu tuanku jadi pemangku Agong. Terus letak nama anak pun Zahirah...


Isk2... sedih melihat lambaian terakhir agong sebagai Yang Dipertuan Agong ke 13...



No comments: