Sunday, December 18, 2011

MLM: Adlin Dan Bawal Power Tersingkir Minggu kelapan

Adlin dan Bawal Power tersingkir pada minggu ke tujuh Maharaja Lawak Mega.



SHAH ALAM: Minggu ketujuh program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung pada malam Jumaat di sini menyaksikan dua lagi penyingkiran dilakukan secara serentak iaitu kumpulan Bawal Power (BP) peserta solo tunggal, Adlin Aman Ramli tersingkir.
Penyingkiran kedua-dua peserta yang mendapat markah terendah sebanyak 55 peratus itu diumumkan oleh juri tetap, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Selain Adlin dan BP, kumpulan Pi Mai yang dianggotai oleh Imuda, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Sathiya turut berada dalam kedudukan tiga peserta yang mendapat markah terendah minggu ini.
Dalam pada itu, persembahan minggu ketujuh Osbon (72 peratus) diikuti rapat oleh Boboi (71 peratus) dan Saehu (61 peratus).
Manakala peserta lain iaitu Syok (58 peratus), Pi Mai, Adlin dan BP masing-masing 55 peratus.
Sementara itu, juri tetap MLM, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) tidak berpuas hati dengan persembahan para peserta pada malam itu yang dikatakan seperti pelawak amatur.
Chef Wan berkata, prestasi kebanyakan peserta adalah menurun dan ia membimbangkan kerana minggu hadapan adalah peringkat separuh akhir.
"Kebanyakan mereka gagal untuk mempamerkan lawak yang mudah difahami dan mengikut kehendak masyarakat. Mereka sepatutnya kena berusaha lebih keras untuk peringkat separuh akhir nanti," ujarnya.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, persembahan yang diadakan di Royale Theater Selangor, Shah Alam itu memerlukan para peserta membuat dua persembahan.
Dengan penyingkiran terbaru itu bermakna, kini tinggal lima peserta sahaja lagi dalam siri Maharaja Lawak iaitu kumpulan Boboi, Pimai, Osbon, Syok dan Saehu yang akan berentap pada peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Selain Chef Wan, dua lagi juri tetap yang memberi komen setiap minggu ialah bekas pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan dan Datuk Siti Nurhaliza serta juri jemputan, penyanyi Alif Aziz dari Singapura.
Markah keseluruhan dikira berdasarkan undian penonton yang membawa kepada 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.
Program MLM disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Warna (saluran 132).


3 comments:

Dalila Hamid said...

dah tersingkir mereka berdua ni...

Zefa NorAsmara said...

Tak pernah tgk pun MLM ni, sbb tak ambik pakej warna.. :-(

Jendela Hati said...

dalila hamid: itu sy suka kat BP... tq sbb folow dan sy dh folow balik...

zefa norasmara: lepas Nabil dpt no 3 dlm maharajalawak, dah cancel, pastu bila ada MLM connect balik warna nie huhu