Monday, December 26, 2011

Kenyang dengan nasi lemak...

Salam pagi ahad buat semua... eh eh bukan ahad ek ngingau pulak... bangun puan zai bangun... kenyang nasi lemak lah tu...


Hari ini hari isnin, hari lepak-lepak kat rumah. Tiada aktiviti di luar hari ini, semalam dan kelmarin.


Masing-masing dok lepak depan tv, sambil membaca dan sambil gaduh-gaduh manja dengan anak...


Pagi ini sarapan apa ek korang? Puan zai dah dua hari ini dok buat nasi goreng aje. Pagi ini buat nasi lemak. Lama kot tak masak nasi lemak. Bukan tahun lepas agaknya yang terakhir bulan lepas hehe...



 Nasi lemak JH.

 Tersenyum si kakak walaupun ibu rasa sambal pagi ini pedas sikit.
Tapi kakak makan tambah dua kali.

 Semangkuk sambal kosong.
Semata cili dan bawang.
Banyak nie bole buat cicah dengan roti nanti.

 Telo rebus.
Eh eh telo kuning dah hilang.
Tentu keje adik yang mengambil.

 Timun sebagai ulam.

 Si manis kakak.

Si comey adik.

Kakak dan adik yang selera makan pagi.

Dah kenyang. Semua ngadap tv. Tengah tengok kat 104 'Anak mami kembali lagi' lakonan Apek Saiful. Budak-budak suka tengok.

Sekian dari Puan zai @ JH... tata...



No comments: