Saturday, December 31, 2011

Osbon Juara Maharaja Lawak Mega





Tahniah buat kumpulan Osbon yang telah memenangi tempat pertama dalam Maharaja Lawak Mega malam tadi.




Osbon yang di anggotai oleh Mr Os dan Abon juga membawa pulang wang tunai berjumlah RM350K berserta trofi.


Persembahan mereka malam tadi telah buat perut puan zai kejang dek penangan lawak mereka yang bersahaja.


Persaingan memang sengit antara Osbon dan kumpulan Boboi tetapi kelebihan terserlah pada kumpulan Osbon.


Sejak dari awal MLM nie puan zai suka pada mereka yang senantiasa ada aje lawa-lawak yang Osbon tambilkan. Abon yang mahir berpantun di atas pentas pun puan zai suka... ada je pantun yang terlintas di kepalanya.






Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Boboi yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM250K berserta trofi. Datin Maimun oh Datin Maimun yang merindui si abang Ombak Rindu hehe






Manakala tempat ketiga mendapat wang tunai RM150K dan trofi ini di menangi oleh kumpulan dari Indonesia Saehu yang di anggotai oleh Eko, Boncil dan Fika.






Dan tempat ke empat pula ialah kumpulan dari Malaysia dan Singapura telah memenangi wang tunai RM50K dan trofi ini dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi dan Arif.


Penampilan istimewa juri jemputan malam tadi buatkan semua penonton dan peserta sedikit teruja bila melihat abang Ombak Rindu iaitu Aaron Aziz duduk kerusi keempat juri. Seperti biasa juri tetap ialah Dato' Chef Wan, Zainal Abidin Hassan dan Dato' CT di samping Dato' AC sebagai pengacara.


Dah tamat sudah Maharaja Lawak Mega malam tadi, akan di susuli dengan Rajalawak musim ke 6 bulan Januari 2012 nanti.


Dah lama tak tengok kemunculan Jozan dalam RJ... tentu lagi mengamatkan... Pakej Astro Warna ini nampaknya tak cancel lah kot sebab RJ6 dah menanti.



PROFIL PELAWAK - OSBON
  • Mr. Os
  • :Mohd Yusof Bin Abdul Hamid
  • Perak
  • 50 tahun
  • Pingat Pekerti Terpilih (PPT) oleh DYMM Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzwan, FFM – Pelakon Komedi Terbaik (Ghazal Untuk Rabiah)
  • Pelakon & Penghibur
  • Abon
  • Sharizan Bin Ahmad
  • Melaka
  • 51 tahun
  • Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2006
  • Pelakon & Penghibur



Sekian dari Puan zai @ JH... tata...

No comments: