Monday, December 26, 2011

Novel: Sehangat Asmara ~ Aisya Sofea



NKB: Novel Ku Baca.


Sehangat Asmara
[Karya: Aisya Sofea]




Kamalia Najwa & Zainal Arief... Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.


Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanahair dengan janji akan kembali lagi.


Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa di duga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamalia.


Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam.


Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaanya.


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila manyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya?...


Komen JH:
Tengok pada tajuk memang ada agak akan banyak 'elegmen asmara' dalam novel ini. Bagi pembaca memang terlalu banyak adegan-adegan nie... Kalu kurangkan sikit pun dah ok...


Mungkin kalau tengok pada watak DEGIL Kamilia ini tajuk novel boleh di tukar kepada Sehangat degilmu... huhu


Bukan apa geram juga pembaca pada watak Kay ini...walaupun hakikatnya keluarga Kay terutama ayahnya yang menyebabkan Kay 'hilang' suaminya selama 9 tahun...


Apa-apa pun pengajaran di sini, setiap tingkahlaku atau keputusan kita ini tidak harus membelakangkan ibu dan bapa.


Memang pada awalnya ibu dan bapanya melarang keputusan anak gadis mereka menikahi lelaki di luar negara tetapi jika kita sebagai ibu tentu-tentu akan buat tindakan yang sewajarnya.


Menyelami perasaan Kay yang terseksa dan tertekan memang menyesakkan nafas pembaca, lebih-lebih lagi selepas kemunculan Zainal yang banyak menyimpan teka teki mengapa dia pernah meninggalkan isteri yang dia sayangi.


Dengan terbongkarnya rahsia dari mulut Yani iaitu adik Zainal, semua yang di simpan dan rahsia telah Kamilia ketahui dalam keadaan marah dan sesal dengan apa yang telah dilakukan bapa nya sembilan tahun yang lepas.


Pembaca memang sedikit geram dengan watak Kay ini. Sungguh keras kepala. Tetapi akhirnya bahagia jua yang menanti diantara keluarga Kay dan keluarga Zainal yang sebelum ini telah pincang...


Tak sabar nak baca tulisan lain dari Aisya Sofea atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin. Selamat menulis buat penulis Aisya Sofea untuk tulisan yang akan datang...


Sekian komen dari seorang pembaca yang kerdil ini...


Next Novel: Semarak Cinta... karya Hijratul Akisya...


Puan Zai @ JH...





No comments: