Seawal jam 7.15 pagi semua dah berkumpul dan puan zai serta kengkawan yang lain menyertai 3 buah bas. Ada juga mereka yang menaiki kenderaan di sini untuk bersama-sama berkonvoi ke Tambun.
Bertemakan kaler BIRU (ikut tema company baru ini, selalunya tema kaler kuning diraja), part 2 ini puan zai nak tayang gambar masa di sana. Berseronok dan bergumbira dengan anak-anak dan famili staff yang lain.
Kalau nak tahu sepanjang berada di sini, anak-anak banyak menghabiskan masa di Water Park aje selain dari tempat permainan lain atau mini zoo sampai si kecik adik nie nak main air kali kedua walaupun dah tukar baju.
Welcome to Lost World of Tambun...
Puan zai, Zahirah dan Khuza'ee berposing depan Lost World of Tambun...
Walaupun cuaca sekejap renyai sekejap panas tapi keseronokan anak-anak tetap berterusan.
Amek gambar lagi...
Adik sedang termenung dan berpiker bila agaknya ibu nak tukarkan baju mandi nie.
Si kakak pun dah tahap tak sabar dah tengok orang dok main air...
Puan zai yang comey nie bergambar dengan BFF iaitu cik Fiza dan cik Rose.
Ini dia antara geng-geng yang naik bas sama-sama.
Puan zai dan cik fiza sebagai committe of sports & recreation club company kitaorang.
Bergambar kenangan kami yang berlainan department, puan zai bersama cik fiza dan cik liza.
Masa nie si kakak takde sama bergambar sebab masa nie kakak dah dapat kawan baru (tak silap kawan baru tu anak famili dari company lain), dok tak ingat ibu dah sibuk dok main sampai adik jeles nak main air lagi...
Bergambar dengan dua orang BFF puan zai.
Makan time...
Kami dapat kupon minum pagi, makan tengahari dan minum petang sebelum balik tu.
Pagi breakfast dengan kueh serimuka dan karipap.
Tengahari pekena nasi goreng cina dan fish fillet serta air oren dan jelly.
Petang pulak pekena minum petang dengan meehon goreng, sandwish tuna dan telo.
Puan zai pula bawa bekal mehon goreng dan nuget.
Selain bekal makanan bekal ubat demam dan batuk serta inhaler adik juga ibu ini bawa, incase.
Adik nape buat muka camtu? Nak mandi ek?
Start masuk air... sukeee...
Wajah anak-anakku yang seronok.
Yahooo...
Mandi hujannn...
Adik layan perasaan lepas salin baju kering.
Kakak dah sejuk jadi lapar.
Makan tengahari jap.
Adik dah boring sebab kakak dapat main air lama.
Last-last adik tukar baju basah balik, main air lagi sebab tak puas.
Rehat pekena ice cream pulak...
Sempat bergambar sebelum bersiap untuk pulang.
Nak pulang kena ontime jam 5 kena keluar dah, al maklum lah cik abang polis dah tunggu.
[kakak tak puas ati tengok gambar nie dan tanya kenapa rambut kakak camtu haha yelah tak kering tak paham la ibu...ada-ada aje kakak nie]
OK, stop sampai sini dulu part 2 di Lost World of Tambun... nanti to be continue part 3 pulak ye... tata...
Puan zai @ JH...
2 comments:
Anak2 + air = seronok. Samalah juga dgn yusuf dan maryam, suka sgt kalau dpt main air.. :D
zefa norasmara: betul tu ada yg taknak balik dok suka main air...
Post a Comment