Sunday, December 4, 2011
3G Dan Bawel Tersingkir Di Minggu Muzikal MLM
SHAH ALAM, 2 DIS 2011: Dua penyingkiran serentak dilakukan pada minggu keenam program Maharaja Lawak Mega (MLM) yang menyaksikan kumpulan 3G dan kumpulan Bawel dari Indonesia tersingkir.
Penyingkiran 3G dan Bawel telah diumumkan oleh salah seorang juri tetap iaitu Dato' Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada minggu yang bertemakan muzikal ini. Selain 3G dan Bawel, kumpulan Saehu juga turut antara yang mendapat undian terendah sepertimana yang diumumkan oleh hos MLM, AC Mizal.
Kumpulan 3G dianggotai oleh Enot, Didie Alias dan Yassin manakala Bawel pula dianggotai Dodon, Amin dan Dadang adalah kumpulan yang mendapat markah terendah di antara semua sembilan peserta yang membuat persembahan secara langsung dari Royale Theater Selangor, Shah Alam.
Aspek permarkahan dikira berdasarkan undian penonton yang membawakan 30% markah serta baki 70% lagi adalah hasil permarkahan juri tetap dan juri jemputan.
MLM dipancarkan terus menerus secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 132) dan selain Chef Wan, dua lagi juri tetap ialah lagenda bola sepak , Zainal Abidin Hassan serta Dato' Siti Nurhaliza. Juri jemputan minggu ini ialah Fadly dari kumpulan Padi.
Kini hanya tinggal tujuh peserta lagi untuk meneruskan cabaran di minggu ke 7 MLM. Siapakah yang akan tersingkir dan siapakan yang bakal meneruskan cabaran? Sama-sama kita nantikan-Murai.com
p.s- Terus terang puan zai nak kata, dalam banyak2 persembahan RL atau MRL muzikal nie masih tak dapat menandingi persembahan muzikal Nabil masa MRL aritu masa buat konsert lalat dengan lagu dari Bruno Mars tu... (sori laa kalau dah minat Nabil tu, nak jugak nama Nabil di sebut di sini tapiii memang betul pun... hehe)
Labels:
Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment