Saturday, December 29, 2012

Novel: Saat Mata Berbicara ~ Dyza Ainun


NKB: Novel Ku Baca

SAAT MATA BERBICARA
[Karya: Dyna Ainun]

Jija, bersuami Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar.

Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya.

Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya.

Kemunculan Qhalisya, seorang tomboy menggetus hati Zharul kerana terlalu banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija.

Siapakah Qhalisya sebenarnya?

"Ayah terpaksa nikahkan Jija dengan Zharul, agar terselamat daripada fitnah orang kampung. Lagipun, senanglah sikit Jija nak uruskan Zharul. Dah sah sebagai suami isteri." ~ Pak Akob

"Jija, abang takkan jadi suami yang sempurna buat seorang isteri. Maafkan abang." ~ Zharul

"Encik Zharul, Lisya hadiahkan Puteri kepada encik. Peliharalah dia dengan kasih sayang yang secukupnya. Puteri adalah nyawa Lisya. Ertinya Lisya dah serahkan nyawa Lisya sendiri kepada encik." ~ Lisya

Terkadang bibir sukar untuk meluahkan bicara. Namun, mata mampu menghuraikan sejuta makna. Saat mata berbicara, terkadang hati turut bersuara. Anehnya suara hati sering terlindung di sebalik kebisuannya. Lalu kulahirkan bicara mata ini dalam "SAAT MATA BERBICARA" agar membetik rasa di kamar hati setiap penghayatnya. ~ DYNA AINUN

Komen JH:
Memang sesuai la tajuk dan isinya. Bersuara melalui mata dan hati yang bisu. Bagi pembaca, tak banyak yang pembaca dapat cungkil apa yang pembaca nak tahu di akhir cerita.

Geram juga bila kenangkan watak Jija atau Lisya yang banyak diam dan berahsia dari tengah-tengah muka surat hingga huruf-huruf terakhir pembacaan. Kasihan dengan watak utama iaitu Zharul. Jiwanya cukup kental dan sabar dengan pelbagai dugaan dan teka teki.

Apa-apa pun pembaca sangat enjoy, sangat suka dengan penulis yang olah suasana kampung Jija dan ianya membuat pembaca berjaya menghabiskan pembacaan dengan sedikit keluhan di penghujung cerita ini. Kenapa keluhan? Anda jua harus membacanya.

Terima kasih.

Next Novel: Dan Sebenarnya Cinta... Syafa' Ikhawan...

Puan Zai @ JH

 

 

No comments: