Monday, April 4, 2011

Kalau nak seribu daya...

As salam...
Kalau nak seribu daya...
"Nama je surirumah, tapi kerja rumah dan lain-lain pun nak di uruskan. Dari kerja rumah sampai lah nak urus anak-anak, penatnya sama macam orang kerja opis" Kata adik perempuan puan zai yang sudah mempunyai sepasang anak yang bersekolah.
"Teringin juga nak niaga kecil-kecil, sini pun ramai budak-budak main kat kawasan ini. Boleh isi masa yang ada sambil bisness..." Cadang dia suatu ketika dulu.
Diam tak diam rupanya dah hampir dua minggu dia niaga kecil-kecilan.
Lokasi: dalam rumah sendiri.
Pernah di suarakan pada suaminya untuk menjual nasi lemak atau pisang goreng di hadapan rumah.
Tapi tidak dipersetujui.
Sekarang dia mulakan dengan permulaan kecil dahulu.
"Takat duduk rumah boleh isi masa lapang dan dengan niaga kecilan sambil-sambil tu dapat duit poket sikit-sikit"
Itulah yang adik puan zai kata.
Kalau nak seribu daya...
Macam-macam ada dari 20-30sen se-pack.

Aiskrim Malaysia-Milo,sirap & tebu, 20sen satu.

Air gas seplatik nie 50sen/soya kotak RM1.

Maggi goreng RM1.

Maggi soup RM1.
Diam tak diam boleh lah dapat keuntungan bisness kecik-kecik nie.
Bisnes kecil untung pun kecil tapi syukur alhamdulillah.
Kalau tersesat nak beli telur ayam pun bole beli kat sini.
40sen sebiji katanya.
Hmmm nampaknya duit ibu ini nanti banyak lah 'tersalur' ke rumah makngah ye anak-anak.
Dannn kakak serta adik memang antara regular customer kat rumah makngah tu.
Tapi tak pe lah kalau tak tolong beli sapa lagi ek.
Sekian.
Wassalam.
Puan zai...

p.s-Dah minta kebenaran dia nak masukkan pic dlm blog tapi katanya - "Jangan masuk fbbbbbbb tauuuu"... kuikuikui...

5 comments:

Lady Lavender said...

ok la kaann..mula dgn kecik2 dulu..lama2 makin berkembang Insyaallah..yg penting nak seribu daya :-)

Kak Aya said...

wahh cayaaaala adik puan zai ni,memang bagus idea ni...mmg masyukkk kalau buka bisnes gini kalau ada ramai budak-budak di sekitarnya

Jendela Hati said...

kak aya: ari makin ari makin ramai customer.hehe (anak2 sedara)

LL: itu lah bisness kecik2 sambil dok umah.

Puanbee said...

baguslah bisnes cam nih teringat dedulu bee suka beli makanan cam nih dirumah ustazah kami hee ..

Jendela Hati said...

puanbee:bukan shj puanbee, dulu kecik2 sy pun sama hehe...membeli kudap2 je..