Friday, April 22, 2011

Jom makan-try menu baru

Assalamualaikum. Sampai jua hari jumaat. Hari yang di tunggu-tunggu setiap minggu oleh si ibu ini. Mana taknya, sabtu ahad tak koje ye? Buleh dok umah relax-relax goyang kaki.

Rehat 2 jam hari ini puan zai and the geng gi JJ Maluri. Pe lagi gi carik makan le. Takde beli apa-apa pun, maklum le gaji esok pulus takde hari ni huhu. Biasanya puan zai and the geng suka makan tempat baru atau tempat yang tak penah makan. Moh le kita tengok apa yang puan zai snap tadi.

(Amaran: jika anda lapar takde benda nak makan kat rumah, dinasihati supaya jangan lihat pic di bawah haha).

 Perghhh... apa lagi 1st menu mesti le yang tuan punya blog yang order hehe. Puan zai ordered SiamStyle Fried Rice yang rasa tomyam dan pedas sedikit dan air chocolate ice blended. Setiap orang dapat sorang satu mangkuk kecil sup.
 Bagi view dekat sikit. Tepi nasi ada ayam goreng. Sebelum suap minta cili potong.
 Yang ini pula Hailam mee kawan puan zai order bersama rotbeer float (tiada dalam pic-nak tengok, sila tengok pic no1). Memang super lah.
 Kawan puan zai yang lagi sorang nie pulak nak try HokkienStyle mee ataupun fat mee. Budak-budak sebut mee gemuk. Atau puan zai kata mee obes...heheheh... acah je... dia pula minum cendol. Best punya Nyonya cendol-juga tiada dalam pic.
 Nama menu ini ialah Golden Money Pocket kononnya bersempena semua wargakerja dapat gaji esok haha.
Haaaaaa yang ini lah sahabat yang baik hati menjemput puan zai and the geng gi JJ Maluri untuk lunch hari ini. Thanks friend sudi bawa kami bertiga nie. Yang ini anak kawan puan zai yang comey dan bijak berkata-kata. Cute sesangat. Bila tengok anak orang mula lah teringat anak sendiri kat rumah. Alah Nuha kakzai lupa nak snap pic apa Nuha makan apa tadi (Nuha panggil puan zai nie dengan panggilan kakzai, tapi yang lelain Nuha panggil acik atau auntie... wahhhh! terasa muda gitu hehe). Tadi Nuha dan ummi makan Nasi putih, fish fillet black pepper dan air strawberry with milk. Ummi Nuha kata tadi  masa dalam kereta, Nuha dah pandai hafal al-fatihah dan ayat Qursi walau Nuha baru 3 tahun. Pandai Nuha abah ajar ye.  Maklum le abah Nuha guru. Tadi lepas makan masa ronder2 dalam JJ, bila aje puan zai nie hilang di pandangan mata Nuha, Nuha akan panggil kakzai, kakzai, kakzai... hehehe comeynya Nuha.

Wokeh lah kengkawan. Dah jam 10pm. Masa untuk memberi tumpuan yang penuh pada pelawak terbaek tika ini iaitu Nabil and Jozan. Minggu ke 4 Maharaja Lawak yang di tunggu. Semoga Nabil buat persembahan yang terbaek dari ladang.

Sekian.

Puan Zai... yang tak kelip-kelip tgk ML, HP di tangan.

6 comments:

nurul asyikin(kak chik) said...

akak,,,,ciksyikin tngok jd laparrr,,,sedapnya akak,,,buka blog akak selalu bt ciksyikin jd lapar!!!!!hahahha sodapppp

Kak Aya said...

bertuah la puan zai sebab nuha panggil kak zai..muda gitu.

tak tengok la ML tadi...tertidurrr

Jendela Hati said...

Kak aya:hehhe perasan muda kannn...
laa awat xtgk?xpa nnti tgk ulangan..
sy pun tgk ulang2 gak

~::KUYA HARIS::~ said...

wah..makanan atas meja tuh semuanya sedap.nyummy... XD

Jendela Hati said...

Kuya haris:kalu ujan tgk pic makanan lapo je kan

Jendela Hati said...

hehehehe asyik mkn jerk kan... tgk size akak le ciksyikin kikikih