Thursday, April 7, 2011

Driver sengal

Assalamualaikum.
Hari ini 'driver' tak amek puan zai balik koje.
Dia ada koje.
Kalau driver yang nie tak ade, kenalah jumpa driver LRT dan driver bas.
Dasat dasat.
Jadi, kenalah menapak dengan seorang kawan dari opis ke LRT Hang Tuah ke Bandaraya (Depan Sogo).
Ngam-ngam sampai kat LRT Hang Tuah, ujan turun lebat selebatnya.
Nasib dah sampai sini kalau tak tentu lah basah kuyup sebab puan zai jalan berlenggang tanpa bawa payung.
Sebelum jam 6 dah tercongok kat bus stand.
Rasa letih gila bab* arini sebab kat opis dok buat keje ke hulu ke hilir punggung tak lekat kat kerusi sendiri.
Balik keje letih tunggu bas pulak.
Hampir jam 6.45pm baru lah muncul satu bas nie.
Fuhhh ramai orang.
Terpaksa lah berdiri.
Mungkin sebab bas lambat tu yang ramai penumpang.
Bila dah ramai penumpang kena lah berdiri.
Selalunya dapat duduk sebab banyak kerusi kosong.
Jalan jam pulak tu.
Yang sengalnya driver nie.
Suka emergency brake.
Bukan sekali dua.
Banyak kali sampai lah puan zai turun bas.
Penumpang sampai nak terjatuh termasuk puan zai nie.
Sakit tangan dok pegang kuat kat besi tempat duduk.
Bawa laju pula tu.
Laju macam ambulans nak bawa pesakit.
Dah la laju bawa bas rapat-rapat dengan kenderaan lain.
Rapat dengan kenderaan depan dan rapat dengan kenderaan kiri dan kanan.
Bukan tu sahaja, potong Q satu hal.
Dan boleh potong double line untuk terus ke hadapan kalau tak de divider batu tentu-tentu dia boleh potong terus ke depan.
Ishhh sungguh lah tak berhemah.
Tengok tapak tangan puan zai, merah tu beb menahan diri dari jatuh.
Wokeh lah ini je cite pendek pasal driver bas yang sengal.
Nak tido dah.
Esok nak koje.
Selamat malam.
Jumpa esok.
p.s-Arini tiada tayangan pic sebab tak sempat nak snap pic driver bas tu... kihkih..
Wassalam.
Puan zai... yang lotih...

4 comments:

Kak Aya said...

dulu masa kak aya ni jadi penumpang setia (BAS) mmg kejadian macam tu kerap dilalui..yang jenis kita baru je jejak kaki ke tangga bas, terus bas jalan..ee kalau jatuh tak ke naya tu?

Jendela Hati said...

Ishhh emang bahaya lah kak aya. dlm bus tu bukannya org muda je naik. warga emas pun ada. kasihan jer tgk.

Puanbee2 said...

haha kalo snap pict driver tu glemmer dia..

http://puanbee.com

Jendela Hati said...

Puanbee:nanti driver tu glemer dr puan zai hehehe