Hari ini kat opis ada 6.30 Club. Maksud club nie ialah management bagi makan free pada semua staff-staff pada jam tepat 6.30 petang.
Dulu 6.30 Club setiap hari khamis setiap minggu. Tetapi kini management buat sebulan sekali, siap ada lucky draw.
Best jugak lah sebabnya ada lucky draw.
Hidangan makanan pula ada spageti bolonese (yang ini yang puan zai rembat dulu). Ada chicken chop, nasi lemak, karipap, cokelat muffin, ice cream cup dan air sarsi.
Ber-pic dulu macam biasa.
Yang ini pula barang yang kawan-kawan dapat. Puan zai? Puan zai tiada rejeki arini.
Yang bertuah badan ber-pic di samping barang yang dimenangi iaitu dapur gas, coffe maker dan toaster roti. Aikkkk malu-malu nak berpic yeeee... hehehe...
Kawan ini dapat sandwish maker. Puan zai tak ralat sebab sandwish dan toater roti puan zai dah dapat masa birthday puan zai aritu (hehehe ayat cam kecewa tak dapat lucky draw ye kakakakah)
Ber-pic with new friend. Dia called puan zai dengan nama "cikgu". Sebabnya dia kata puan zai banyak ngajo dia report-report yang boss ia nak.
Antara lucky draw yang ada. Sebanyak 20 hampers arini. Barang elektrik ada 15 jenis dan 5 hampers besar. Kalau di beri pilihan dah tentu puan zai suka dapat hampers sebabnya anak-anak mesti suka sesangat, mesti melompat-lompat, mesti riang ria, bila ibu bawa balik hamper besar tu kan kan kan. Takpa lah tiada rejeki ye anak-anak. Lain kali. Sekian.
PuAn ZAi...
No comments:
Post a Comment