Thursday, February 14, 2013

Lauk Paling Best


As-salam...
 
 Bagi puan zai lauk paling best masa kenduri adik sepupu puan zai aritu ialah seperti di atas nie.
Gulai tempoyak potai.

Memang terangkat lah...
Lauk ni masak sendiri.
Walaupun mengunakan khidmat caterer, lauk ini dijadikan lauk tambahan.

 Masa gambar di ambil iaitu sehari selepas kenduri besar,
kami reramai tolong tuan rumah apa yang patut pada pagi tu.
Tengahari pulak makan apa yang ada.
Lauk kenduri semalam pun masih ada baki.
Cuma tambah goreng sayur dan buat telo dadar.
Lauk macam nie la jugak paling sedap.

 Ada baki jugak bubur pulut itam.
Si adik memang suka bubur nie.
Bubur kacang ijo pun adik suka.
Kalau makan memang makan bertambah la bubur tu.

 Makan ramai-ramai di bawah khemah.
Sementara khemah kenduri belum di bukak, kita layan makan reramai sambil karok-karok.


 Kena Q nak amek nasik.
Nasik panas-panas, makan di bawah panas matahari.

 Huiii ramainya budak-budak.
Biasalah bila kenduri buat time cuti memang ramai lah yang bertandang untuk bermain sesama.
Bila banyak main, perut pun terasa lapa.
Makan aje lah apa yang ada.
Lepas kenduri, semua penat.
Masak tu idok le iye-iye benar.
Apa yang ada bawah tudung saji itu lah yang dirembat.

Sekejap aje dah ari kamis.
Kat opis masih kosong lagi.
Rata-rata ramai yang bercuti sempena CNY.

Di rumah pula, makin bz jugak.
Maklumlah rumah kami pula akan buat majlis menyambut menantu tak lama aje.
Lagi dua minggu... persiapan tak la gempak, takde kecoh-kecoh nak masak.
Sebabnya kami pun mengunakan khidmat caterer.
Caterer bukan orang luar, besan mak lang puan zai jugak.
Cumanya bz sikit dengan goodies.
Goodies pun biasa-biasa aje, mana yang termampu.

Sekian celoteh arini, jumpa lagi di celoteh akan datang, tata...


Puan Zai @ JH...






No comments: