Monday, February 11, 2013

Tahniah Zuhaili & Zamri!


09-02-2013
 Tahniah Irma Hasmie!
Eh eh tahniah buat sepupu ku Zuhaili!

 Eh... sapa atas pelamin tuh!

 Mak pengantin - makcik puan zai iaitu sepupu mak.
So puan zai dan pengantin adalah dua pupu.

 Kakak dan adik pun follow ke Majlis Akad Nikah.


 Penyerahan mas kahwin.


 Lauk pauk yang meriah.

 Pilih je mana yang suka.

 Ada pelbagai jenis kek dan kueh mueh.
Pengantin dan keluarga murah rezeki, ramai jua orang sedekah kueh mueh dan kek macam-macam jenis.
 Goodies yang best.

 Hamboi... anak dara semua nie lapo balik dari masjid.
Lepas makan jadi penangah kenduri.

 Adik makan dengan apak.
Ibu pula sibuk jadi camerawoman syok sendiri hehe...

 Ketibaan VVIP di sambut meriah oleh semua anak cucu dan cicit.
Ini Atuk puan zai dari Keramat.


 DJ Lee.
Apak jadi DJ majlis.

 Ketibaan pengantin lelaki.

 Di sambut meriah.


 Part nie emang puan zai suka... bab kompang-kompang nie.
Sebenarnya pengantin nak kompang jawa.
Alih-alih ada masalah teknikal, so kompang biasa je.
Apalagi ramai yang frust termasuk puan zai yang dah lama tak dengar kompang jawa.
Terngiang-ngiang waktu kecil dulu bunyi kompang jawa...
Dung, dung, dung dung dung...

 Persandingan mereka.


 Makan beradap pengantin.

 Pengantin-pengantin bergambar bersama pengantin-pengantin.

 Seisi karok.
Peminat nak autograf paksu... hehe...

 Pengantin pulok karok kejap.
Bila adik lelaki puan zai tengah karok mesti puan zai minta dia nyanyi lagu Medician... tajuk eh lupa la...
"Tika begini ternanti-nanti... lalalalaaa"

 Acara potong kek pula.



 Bunga pahar yang menjadi rebutan.

Acara kemuncak di malam hari masih lagi berkarok di luar tu.
Dalam rumah acara gelak gelak dan usik mengusik sambil pengantin buka hadiah dari tetamu.

Memang penat berkenduri nie tetapi puan zai dan semua ahli keluarga seronok dan bergembira bila dapat bersama.

Rata-rata zaman sekarang semua orang mengunakan khidmat caterer untuk jamuan kenduri, ini bukan penghalang untuk kita lebih menjaga  keakraban dan jalinan hubungan kekeluargaan itu harus di rapatkan dan diteruskan lagi agar ianya lebih kukuh. Time kenduri nie seronok dapat berkumpul reramai dan ada je idea dan bahan untuk bergelak ketawa sampai tak ingat dunia.

Selamat Pengantin Baru buat Zuhaili & Zamri, semoga bebahagia hingga hujung nyawa. Amin.

Puan Zai @ JH...





2 comments:

LYAfrina said...

a ah..ada iras irma la.. comel sgt.
selamat pgntin baru buat mempelai

Karukord jagau said...

tahniah juga...slmt menempuh alam rumahtangga :)