Friday, February 1, 2013

Daisy oh Daisy...


As-salam...

Hari ini cuti Hari Wilayah.

Walaupun cuti berkeje tapi di rumah tiada cuti.

Arini sibuk nak buat sireh junjung.

Pulak tu sekarang tengah buat persiapan sedikit untuk majlis Doa Selamat di rumah sebelum berangkat ke Banting untuk majlis pernikahan adik puan zai esok.

Jadi, pagi tadi ke Pasar Batu 5 Jalan Ipoh untuk cari bunga dan daun sireh. Lepas tu gerak ke Chow Kit Road cari tepak bunga dan polistren untuk jamuan esok.

Agak kesuntukan masa nak mengerjakan pinggan dan cawan kaca esok untuk jamuan makan oleh itu polistren jadi pilihan. Maklum la esok pagi jam 10 rombongan pengantin akan bergerak dah.


 Bunga nie la yang di cari tadi.
 Masa adik bertunang aritu puan zai belikan bunga ros.
Kali ini masa nikah puan zai beli bunga daisy.
Amek kaler oren dan kuning.
Sebabnya dulang hantaran banyak kaler gold dan cekelat.

Sekuntum RM1.30.
Yang bunga kecik-kecik tu RM1 aje.
Sireh junjung kami letak dalam bakul aje.
Buat simple asalkan cantek.


 Malam tadi pakai inai segera.
Beli inai segera nie dengan harga RM1 di Maiden Jalan TAR.
Bila basuh nampak gelap sangat.
Makcik kata emang inai segera camnie memang nampak gelap memula, lama-lama baru ia akan nampak merah.

Aritu dah order kueh mueh kat jiran untuk Doa Selamat esok. Sekarang nak tulis senarai bahan nak beli untuk goreng mehon. Jap-jap lagi nak ke kedai. Malam siapkan semua bahan-bahan, subuh esok baru boleh mengoreng. Di jangka Doa Selamat jam 8 pagi esok.

Sekian dulu. Sambung lagi. Tata...

Puan Zai @ JH...


2 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Cantik!ym pun suka daisy...tp, rose plg top la..:-)

Jendela Hati said...

YM, rose dah pakai masa bertunang aritu, so nikah pakai daisy la pula... cantek la daisy