Wednesday, July 27, 2011

Buku silap mata...

Anak perempuan puan zai yang sorang nie ada minat untuk membaca buku. Kadang-kadang tidak perlu di suruh elok je membaca. Sungguh tekun bila tiada sesiapa yang 'mengacau' dia.

Sejak dua menjak nie puan zai perasan yang bila wang saku lebih di pinta untuk beli buku bacaan di sekolah, mesti buku ini adalah salah satu buku yang beli.

Malahan jika ke kedai buku atau pesta buku pun, pasti salah satunya adalah buku ini. Dalam banyak buku-buku cerita kanak-kanak pasti buku yang 'seangkatan' ini dibelinya.

Minatnya pada buku-buku seperti amat ketara. Bila di tanya kenapa? Dia hanya jawap 'suka'.



Tak pasti sama ada ini harus di galakkan atau di larang. Bila piker-piker biarlah dengan apa yang dia minat. Biarlah apa yang dia suka baca.


Yang pasti apabila sudah di baca, pasti 'acara silap mata' akan dipertontonkan pada umum iaitu pada ibu. Nak gelak jugak bila ibu sendiri terkejut dan tak sangka ada juga silap mata macamtu walaupun kakak belajar cuma dari dalam buku.


No comments: