Thursday, July 21, 2011

Teman si teman

"Kak zai dah tempah baju kurung?" Tanya teman ini.

"Udah, lama dah tempah" Jawap puan zai.

"Boleh temankan saya cari kain kat Jalan TAR tak petang nie?" Pinta si teman.

Pada petang tu puan zai pun menemani si teman ini ke Jalan TAR. Dari opis jalan kaki ke Hang Tuah LRT ke bandaraya.

Orang ramai sibuk nak tengok Chelsea kat Bukit Jalil, dua orang nie sibuk nak cari kain. Bingit la telinga dengar penyokong buat bising dan nyanyi lagu Chelsea sampai LRT fullhouse, penuh dan stuck dengan orang ramai termasuk omputeh.

 Tema tahun ini, si teman ini nak buat baju pokodot dan kaler merah. Kira satu rumah lah tu nak kaler merah termasuk langsir, ujarnye hehehe. Bukan main suka dan excitednya bila kami jumpa kain cotton jenis nie. Dulu pernah survey di kedai yang sama, tapi tak jumpa. Agaknya mata tak nampak. Kali ini jejak je nak masuk pintu kedai terus mata tertumpu kat situ. Sambil berbisik "Tema kakzai tahun nie pun merah hahaha"

 Selesai membeli, singgah di Sogo foodcourt untuk santapan. Tiba-tiba memasing rasa kebulur lepas dapat kain pokodot.
"Kakzai, saya nak belanja yongtaufoo" Si teman beritahu.
"Ishhh tak payah..." Sopan puan zai menolak.
"Ala, jangan nak ngada-ngada" Ugut si teman sambil acu pisau kat pinggang puan zai. Eh... tak, tak sambil si teman 'acu' duit kat cashier.
"Hehehe..." Gelak jahat dalam hati.
Kwang3X.
"Terima kasih sebab teman beli kain" Ujarnya lagi.

 Bagi focus kasi dekat sikit tengok.

Lepas mengenyangkan perut, kami singgah jap beli baju baby si teman ini dua pasang. Satu pasang RM8 dan satu lagi pasang RM14. Melompat-lompat si teman sebab suka sangat. Puan zai seperti biasa kalau datang Sogo mesti beli buah potong nie. Satu bekas RM3.50. Manakala empat biji epal dalam RM3.60. Pehtu singgah beli roti yakni peberet anak. Roti dan donut. Jadi lah, ole-ole untuk anak-anak kat umah.

Sekian. Terima kasih teman.

2 comments:

Puanbee2 said...

murahnya kan , saya tk beli kain pun tk de org nk bawak huhu sedih tui

Jendela Hati said...

puanbee: sy selalu gi sendiri - kdg2 soping dgn ank aje huhu